SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 6 Julai 2013

PANAS TERIK!! FAKTA.. BN BOLEH MENANG BESAR DI PRK KUALA BESUT DENGAN SYARAT JANGAN ADA YANG SABOTAJ!!

PANAS TERIK!! FAKTA.. BN BOLEH MENANG BESAR DI PRK KUALA BESUT DENGAN SYARAT JANGAN ADA YANG SABOTAJ!!



Rata-rata kita melihat kekalahan yang tidak di duga sering berlaku dalam PRU13 yang lalu. Dan menurut statistik jika Ketua Bahagian bermasalah maka peratus sabotaj semakin tinggi akan berlaku.

Ramai diantara ketua-ketua bahagian yang berada begitu lama di kerusi ketua bahagian memungkinkan mereka mahu hanya pendapat mereka sahaja yang benar kerana kononnya lebih berpengalaman.

Jika pendapat mereka tidak digunapakai maka berbagai perangai akan dilakukan. Jiwa untuk menjaga kepentingan parti juga suga sudah semakin lupus yang ada hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan kuncu-kuncu mereka.

Kita berharap janganlah ada yang terjadi di Dun Kuala Besut yang memerlukan Umno perlu menang agar pemerintahan egeri Terengganu dapat diteruskan.

Beberapa nama disebut-sebut mungkin dalam senarai calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, antaranya Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zulhaiza Ismail.

Beliau mungkin calon sesuai berdasarkan beberapa kriteria seperti latar belakang agama yang dimiliki dan merupakan anak tempatan.

Nik Zulhaiza sebagai kakitangan awam berkhidmat dengan kerajaan, beliau akur apa sahaja keputusan dibuat pucuk pimpinan.Nik Zulhaiza sebagai kakitangan awam dan pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Syariah Setiu, Besut dan Kuala Terengganu.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Besut sebelum bertukar ke Dungun.Calon lain yang diramal jadi pilihan ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf dari Kampung Pangkalan Sentul, Mukim Bukit Puteri, Kuala Besut.

Beliau yang kini Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun dikatakan antara calon yang turut disebut-sebut pada PRU13 lalu.

Seorang lagi muka baru yang disebut-sebut ialah anak veteran Umno Kuala Besut iaitu bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, USM dikatakan antara nama yang disenarai pendek dan dihantar untuk pemilihan pucuk pimpinan parti.

Tengku Zaihan adalah anak jati Kampung Seri Seratus, Mukim Kuala Besut sebelum ini dikatakan mesra Umno dan mempunyai ciri menjadi pemimpin.

Tidak terkecuali, pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Mohamad Mat Kadir dari Kampung Alor Peroi, Mukim Kuala Besut.

Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi golongan veteran menyukainya.

Oleh itu perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah masih adakah duri dalam daging yang berlagak kononnya beliaulah mempertahankan parti lebih daripada kepentingan peribadi.

1 ulasan:

  1. UMNO & sabotaj brpisah tiada... UMNO sudah tiada kepercayaan kpd ahli sndiri..

    BalasPadam