SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 2 Julai 2013

INFO @ AKJr : RCI akan siasat 'Red Bean Army' - Shahidan Kassim

INFO @ AKJr : RCI akan siasat 'Red Bean Army' - Shahidan Kassim


Kerajaan akan mempertimbangkan kewajaran cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu akan dibawa ke kabinet pada Jumaat ini.

Keputusan untuk membawa isu berkenaan ke Kabinet dibuat selepas menerima cadangan daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau pada Selasa.

Tambah Shahidan, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.

"Pada pandangan kumpulan yang mewakili 130 NGO itu mereka mendakwa RBA sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.

"Selain banyak laporan polis telah dibuat terhadap tentera siber ini, mereka turut mendakwa RBA menerima sumbangan besar daripada pembangkang untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum tersebut daripada Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO itu.

Memorandum tersebut menyatakan gesaan kepada kerajaan bagi menyiasat secara mendalam dan terperinci peranan RBA menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial supaya dilihat lemah.

Bantahan tersebut sebagai mengelak perpecahan masyarakat antara kaum negara ini.- mStar

Psssttt... AKJr : AKHIRRRNYAAA... BERSIAP SEDIALAH WAHAI TENTERA KACANG MERAH!! TIDAK LAMA LAGI ANDA AKAN JADI LEBIH FAMOUS DISELURUH DUNIA.. KAHKAHKAH... SERONOK KAN??? KAHKAHKAHKAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan