SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PRKKUALABESUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRKKUALABESUT. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.

KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

Baca Selanjutnya DISINI

Kredit Kepada Sahabat K_N

INFO @ AKjr : #PRKKualaBesut PEMBOHONGAN NYATA PUAK-PUAK YANG TERDESAK!!

INFO @ AKjr : #PRKKualaBesut PEMBOHONGAN NYATA PUAK-PUAK YANG TERDESAK!!



Ini mesti Husam Masam punya kerja. Otak Mereng dia ni memang tak bleh pakai.. Menghasut Rakyat Marhaen Demi Kepentingan politik peribadi sendiri!!

Puak-puak ni terutama PAS akan menggunakan apa cara sekali pun tipu muslihat mereka untuk mecapai kemenangan di PRK Kuala Besut seterusnya mendapat kerusi 16:16. Sungguh licik menggunakan poster sebegini..

Pihak PERKASA sudah menafikan terlibat dalam poster ini. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan telah menafikan dan satu laporan polis atau kenyatan segera akan dibuat.



Nak satukan Melayu ada macam-macam cara. Bukan mesti DUN 16:16.

Ini hanya usaha Husam Masam nak bodohkan rakyat dengan tipu muslihat nya...

Sabtu, 13 Julai 2013

#PRKKualaBesut : Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?

#PRKKualaBesut :  Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?



Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula. 

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak. 

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu. 

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online. 

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu. 

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini. 

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.