PANAS TERIK!! Alvin dan Vivian hina Islam : Mahkamah larang ikat jamin ditahan hingga hari perbicaraan??
Ketika umat Islam di Malaysia baru mengerjakan ibadah puasa, kita dikejutkan dengan dua insiden menghina Islam.
Pertamanya, yang dilakukan oleh duta Vatican City,Bishop Joseph Marino yang baru memulakan tugas di Kuala Lumpur tetapi telah berani mencampuri urusan dalam negara Malaysia dengan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.
Kes yang keduanya ialah penghinaan Ramadan dan kesucian Islam oleh pasangan Cina, Alvin dan Vivian.
Gelombang bantahan terhadap kedua-dua kes ini berjalan serentak dan telah menaikkan suhu kemarahan orang-orang Islam yang sejak beberapa bulan lalu telah menampakkan suasana yang tidak harmoni apabila isu kalimah Allah diusik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, Bishop Joseph Marino digesa meletakkan jawatan secara sukarela agar dapat digantikan dengan individu lain yang lebih bertanggungjawab dan tidak mencampuri urusan dalaman negara. Di samping memohon maaf secara rasmi dan terbuka. Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau mengetuai beberapa NGO berarak menghantar memo bantahan di Kedutaan Vatican City, Kuala Lumpur semalam.
Isu yang dibangkitkan oleh duta Vatican City itu biarlah Wisma Putra sendiri yang menyelesaikannya melalui saluran diplomatik. Kita bukannya bermusuhan dengan Vatican City tetapi cara dutanya membuat kenyataan yang tidak seharusnya mencampuri urusan dalaman negara lain seperti yang tercatit dalam Konvensyen Geneva mengenai diplomatik.
Tetapi isu Alvin dan Vivian pula akan diadili oleh mahkamah dan kita mengharapkan agar keadilan dan hukuman yang setimpal haruslah dikenakan kepada pasangan tersebut sebagai pengajaran kepada mereka yang sengaja mencuba untuk menjolok sarang tabuan.
Dalam masa yang sama, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Islam kecewa terhadap perlakuan pihak-pihak tertentu yang sengaja menimbulkan isu bagi mencetuskan kemarahan umat Islam.
Muzakarah khas berkenaan berpandangan, siri-siri penghinaan yang dilakukan oleh golongan tidak bertanggungjawab itu semacam sudah dirancang dan sengaja dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Dalam dua tiga tahun yang lalu, kita juga telah digemparkan oleh kebiadapan Namawee yang menghina Lagu Negaraku dengan mengubahnya berbentuk rap dengan menggelar Negarakuku. Beliau juga telah menghina Melayu dan agama Islam. Tetapi masyarakat Islam Malaysia seolah-olah memaafkan beliau setelah beliau memohon maaf. Yang peliknya Pak Menteri, Nazri Aziz menerima kunjungan beliau di bangunan Parlimen. Apakah pasangan Alvin dan Vivian juga cuba mengambil jalan yang sama dengan mengeluarkan video di Youtube bagi memohon maaf .
Psssstttt....AKjr : SEMOGA BERBAHAGIALAH KAMU SEMASA BERADA DI PENJARA.... SELAMAT DIPENJARAKAN!!
Baca Lagi DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan