SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 25 Mei 2014

INFO @ AKJr : Isu Cermin Gelap : Kementerian Pengangkutan Setuju Dikaji Semula @hishammudinH2O @JPJ_Malaysia @PDRMsia



Berhubung isu tinted yang hangat diperkatakan selepas pengumuman pihak polis yang mahu menjalankan operasi ke atas kenderaan bercermin gelap pada 16 Jun ini mendapat respon pelbagai pihak.

Selain itu, bantahan turut disuarakan melalui satu laman Facebook yang diwujudkan lewat malam semalam bagi mengumpul sokongan untuk mendesak JPJ meminda larangan penggunaan cermin gelap. 


Akhirnya Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan bersetuju agar peraturan berkenaan dipinda, nampaknya pihak kementerian lebih terbuka berbanding JPJ dan PDRM. 

Laporan Berita Harian 21/05/2014 melaporkan kementerian bersetuju untuk meminda peraturan larangan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan dalam negara ini.



Terima kasih kepada pemangku Menteri Pengangkutan DS Hishammuddin Tun Hussein di atas respon melalui laman Twitter semalam. Terbukti kerajaan sering mendengar keluhan yang disuarakan rakyat jika saluran yang digunakan itu tepat.

Nak sampaikan cadangan atau bantahan tak perlu berbaring atas jalan raya.

Haahahaha...

Arios...!

2 ulasan:

  1. GERAMnya aku! Psl. nak pinda cermin gelap,aku syaki, supaya pengguna ELITnya lebih SELESA , cepat benar si LIBERAL-mudin nak ambil perhatian! Majoriti MANGSA kemalangan jlnraya adalah penunggang motosikal yg. tak dak pun cermin gelap, dan dr. umat Islam/Melayu, terutamanya yg. hidup susah! Sepatutnya pindaan cermin gelap adalah utk. MENGHARAMkan PENJENAYAH lori/bas/kereta BUAS tak dpt. bersembunyi bila melakukan JENAYAH termasuk jenayah kemalangan jlnraya!!

    Asyik sibuk dgn. isu cermin gelap, tapi mana perasaan SIMPATI si Menteri LIBERAL ni pd. dua mangsa Islam/Melayu (suami-isteri, yg. sekrg. meninggalkan LIMA anak yatim-piatu), mahupun mangsa-mangsa lain, yg. terbunuh dgn. amat ngeri dan kejam, dlm. kemalangan jlnraya akibat LORI BUAS?! Aku syaki lori BUAS ini yg. menyebabkan mangsa terjatuh dr. motosikal asalnya, dan kemudian MENGGILIS pula mangsa - dan sepatutnya mengikut undg-undg, tak boleh di jlnraya yg. sibuk waktu pagi! Apahal Menteri LIBERAL ni boleh biaqkan si lori/bas/kereta BUAS BERMAHARAJALELA kat Tanah Melayu ISLAM ni?!

    Bahkan jenayah-jenayah makin berleluasa, yg. majoriti mangsanya umat Islam/Melayu, termasuk dlm. kemalangan jlnraya di mana mangsa terus dibiarkan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/KERETA/BAS BUAS (terutamanya tekan brek tiba-tiba, lalu kenderaan belakang terbabas ke laluan bertentangan, atau si pemandu BUAS ini tiba-tiba pandu laju bila kenderaan belakang nak potong atau lori/bas/kereta depan sengaja ke tengah dan menggilis kenderaan yg. nak potong – umat Islam yg. disasarkan si MUSUH Islam, senang dikenali dr. pakaian atau hiasan Islam pd. kenderaannnya) akibat ramai TUANPUNYA lori/bas/kereta ini sendiri puak KAPIRGANGSTER atau dibiarkan ambil ramai pemandu mcm. dr. GENG-KONGSI-GELAP!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140524/dn_13/Lima-beradik-jadi-yatim-piatu :

    Lima beradik jadi yatim piatu

    Oleh NORAZRIN MARZUKI

    KUALA LUMPUR 23 Mei - Lima beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata apabila ibu bapa mereka terbunuh dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras di Jalan Loke Yew di sini pagi ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Jefri Mohd. Zain, 46, dan isterinya, Noorsalawati Ibrahim, 40, yang menaiki motosikal mati di tempat kejadian setelah digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir.

    Difahamkan, pemandu lori itu bagaimanapun terus meninggalkan tempat kejadian.

    Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
    Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh Jefri hilang kawalan sebelum kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya.

    "Sebuah lori yang mengikut rapat motosikal mangsa dari arah yang sama tidak sempat mengelak lalu merempuh dan menggilis kedua-dua mangsa. Mereka meninggal dunia serta merta di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.....

    "Saya harap orang ramai dapat membantu pihak polis menjejaki pemandu lori yang tidak bertanggungjawab melarikan diri dan meninggalkan tempat kejadian.

    "Jika mengikut undang-undang, lori dilarang berada di atas jalan raya pada waktu pagi iaitu di mana kemuncak orang mahu pergi ke tempat kerja," katanya.

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    GERAMnya aku! Psl. nak pinda cermin gelap,aku syaki, supaya pengguna ELITnya lebih SELESA , cepat benar si LIBERAL-mudin nak ambil perhatian! Majoriti MANGSA kemalangan jlnraya adalah penunggang motosikal yg. tak dak pun cermin gelap, dan dr. umat Islam/Melayu, terutamanya yg. hidup susah! Sepatutnya pindaan cermin gelap adalah utk. MENGHARAMkan PENJENAYAH lori/bas/kereta BUAS bersembunyi belakang cermin gelap, bila melakukan JENAYAH termasuk jenayah kemalangan jlnraya!!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam