SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 23 Februari 2014

PANAS TERIK!! WAHAI MELAYU.. SUDAH-SUDAH LAH PHD TU...



Ok, aku nak share dengan korang satu artikel yang telah aku petik dari Facebook mengenai Datuk Mokhzani Mahathir. Mari kita baca

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.

Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.

Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai ‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.

Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :

" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works." (official website)

Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.

Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.

Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang.

-AR-

AKJr : Pelik kan orang fuckatan riot ni? Asal ada melayu kaya je mesti mereka pertikai. Bila Cina kaya mereka diam je kan? Dari 40 terkaya tu cuba bilang berapa melayu, berapa cina? Akai ada ka? Apa pun penjelasan ini sangat bagus dan aku harap kita semua sokong dan doakan agar lebih ramai melayu yang mejadi berjaya seperti mereka!

INFO@ AKjr : BR1M 2014 TELAH MULA DITERIMA...




Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.

Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, Sabtu.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh. Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.

Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion manakala jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013.

Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.

Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.

Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.

Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya.

Psssttt AKjr : Syukur Alhamdulilah...

Jumaat, 24 Januari 2014

PANAS TERIK!! [FAKTA] TUTUP PUSAT #GIATMARA BUKTI AGENDA ANTI MELAYU ISLAM #PAKATANRAKYAT SELANGOR DIDEDAHKAN!!!

PANAS TERIK!! [FAKTA] TUTUP PUSAT #GIATMARA BUKTI AGENDA ANTI MELAYU ISLAM #PAKATANRAKYAT SELANGOR DIDEDAHKAN!!!



Agenda anti-Melayu PR PKR,PAS dan DAP di Selangor semakin terserlah dengan ura-ura sebuah Pusat Giatmara akan dirobohkan hanya atas teknikal yang kecil.Setelah masuk penggal kedua memerintah Selangor,pakatan pembangkang sudah menyusun strategi yang lebih rapi untuk memghalalkan tindakan mereka menghapuskan satu persatu hak-hak orang Melayu di negeri itu.Satu ketika dahulu,kerajaan negeri juga pernah menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah pada 2010 sehingga memaksa rancangan itu dipindahkan ke Melaka.Pembinaan kampus di UiTM adalah bagi menampung jumlah pelajar Melayu yang semakin bertambah di Selangor tetapi pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.Mungkin inilah kesan yang diterima oleh rakyat Selangor apabila mempunyai Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan memilih pembangkang mentadbir negeri itu. 

Janji-janji manis yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya kini sudah bertukar menjadi masam dan lain pula kerenah mereka sekarang.Jikapun Pusat Giatmara di Sabak Bernam yang ingin di tutup oleh Exco Selangor dari Dap, tidakkah boleh perkara ini diselesaikan dengan baik ??? Isi di sini ialah dasar Giatmara untuk memberi peluang kepada remaja Melayu yang sesetengahnya tercicir dalam pelajaran diberi masa depan yang lebih cerah melalui latihan teknikal.Kebanyakan Pusat Giatmara yang dibina diseluruh negara adalah bersifat komuniti iaitu ia lebih memberi fokus kepada pemgambilan pelatih dari kawasan setempat di mana ia berada.Menutupnya atas alasan tanah di mana pusat itu dibina adalah milik kerajaan negeri bukan suatu yang boleh diterima akal. Ia hanyalah masalah pentadbiran yang perlu diuruskan antara kerajaan negeri, pejabat tanah, majlis daerah dan Giatmara sendiri.Keadaan yang sama juga berlaku apabila kerajaan negeri melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.Atas mainan politik kotor pembangkang juga rancangan untuk mewujudkan universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat terbantut. Sekali lagi pembangkang menghalang apa sahaja pembangunan yang boleh meningkatkan daya saing dan tahap keupayaan rakyat negara ini untuk terus maju di dalam bidang pendidikan. 

Walaupun sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada September 2011,alasan yang sama digunakan iaitu tanah tersebut adalah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.Kerajaan negeri sebenarnya menyalahkan kuasa untuk memberi kelulusan bukan atas alasan yang munasabah tetapi beralaskan muslihat politik.Ketiga-tiga kes yang menjadi contoh adalah bukti bahawa apa yang dilakukan pembangkang bukanlah suatu kebetulan tetapi perancangan yang rapi.Apa sahaja pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional di masa lalu, mereka akan mengambil kredit dan mengatakan kepada dunia bahawa itulah adalah semua titik peluh mereka.Tetapi apabila kerajaan pusat ingin terus membawa pembangunan ke Selangor tanpa menghirau perbezaan politik, tindakan ini akan digagalkan. Ini kerana mereka tahu jika projek-projek pembangunan di negeri itu adalah usaha kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri maka rakyat boleh membuat perhitungan pada pilihan raya akan datang. 

Pada pembangkang agenda politik mereka lebih utama daripada pendidikan dan latihan untuk rakyat.Malah rakyat Selangor akan lebih banyak menanggung kerugian jika projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di negeri itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain hanya kerana PKR,Pas dan Dap tidak bersetuju.Ada gelanggangnya hendak bersilat politik tetapi apabila kepentingan rakyat terjejas, politik bukan lagi menjadi alat untuk kebaikan tetapi telah bertukar sebagai senjata memakan tuan. Rakyat Selangor kini harus sedar,tidak ada satu projek yang benar-benar yang boleh dibanggakan oleh pembangkang selama lebih lima tahun mereka mentadbir negeri itu.Selangor harus terus mengorak maju sebagai negeri terkaya dan paling membangun tetapi jika ia terus berada di bawah pembangkang,masa depannya tidak lagi terjamin malah bertambah kelam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN..

Khamis, 23 Januari 2014

PANAS TERIK!! Nurul Izzah Bercerai??





PETALING JAYA 23 Jan - Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya.

Rabu, 22 Januari 2014

WAJIB BACA!! [FAKTA] : SEBAB MUSABAB ANWAR DIHALAU KELUAR DARI JEPUN..

WAJIB BACA! [FAKTA]: SEBAB MUSABAB ANWAR DIHALAU KELUAR DARI JEPUN..


Anwar Ibrahim dihalau keluar daripada negara Jepun?

Inilah berita terbaru yang sudah tentu memalukan Ketua Pembangkang yang juga merupakan MP Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, AKjr pun ingin tahu punca Anwar Ibrahim dilarang masuk ke negara tersebut kerana beliau pernah ke Tokyo pada tahun 2006, 2009 dan 2012.

Anwar mendakwa tindakan imigresen Jepun adalah disebabkan oleh 'repot terbaru' yang diterima oleh negara itu berkemungkinan pada tahun 2013. Benarkah atau Anwar sekadar menimbulkan persepsi ada konspirasi di sebalik larangan masuk ke negara tersebut?

Kita tentu ingin tahu isi kandungan 'repot terbaru' yang dimaksudkan oleh Anwar.

Anda boleh baca undang-undang Imigrasi Jepun Artikel 5 di sini : KLIK SINI

Di bawah pula adalah perincian Undang-undang Imigrasi Artikel 24 negara Jepun bagi mereka yang dilarang masuk ke negara itu. 

Article 24 Any alien who falls under any of the following items may be deported from Japan in accordance with the procedures provided for in the following Chapter. 
(i) A person who has entered Japan in violation of the provisions of Article 3.

Baca Selanjutnya DISINI

Selasa, 21 Januari 2014

WAJIB TENGOK!! Beribu2 Orang Membuat Demo Boikot Barangan Jepun Diketuai Oleh MP @shamsuliskandar

WAJIB TENGOK!! Beribu2 Orang Membuat Demo Boikot Barangan Jepun Diketuai Oleh MP @shamsuliskandar


Berpuluh ribu orang membanjiri Kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini bagi membantah tindakan Kerajaan Jepun yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memasuki Jepun melalui Lapangan Antarabangsa Narita. Jalan Tun Razak sesak dengan kehadiran penyokong-penyokong yang turut berkempen untuk Demo Memboikot Barangan Jepun. 

Turut hadir adalah Ratu Cantik dari kilang mana pun tak tahu (lihat gambar di bawah). 






Ironinya, seorang penyokong PKR kelihatan sedang merakam Demo Memboikot Barangan Jepun menggunakan kamera CANON! Dia lupa kot Jepun adalah pembuat barangan Canon. Sekian laporan berita yang amat serius ini. Tolong jangan ketawa. Kredit gambar-gambar kepada rakan penyiasat saya, Detective Conan.

Pssssttt AKJr: KAH KAH KAH KAH..... Perghhhh beribu2 manusia weii... KEHKEHKEH...

Sumber


Ahad, 5 Januari 2014

INFO @ AKJr : [BR1M 3.0] 3.03 juta penerima BR1M diminta daftar sebelum 31 Jan 2014..

INFO @ AKJr : [BR1M 3.0] 3.03 juta penerima BR1M diminta daftar sebelum 31 Jan 2014..


Lebih 70 peratus daripada 900,000 penerima baharu yang dikenalpasti layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ketiga (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar.

Manakala daripada 6.8 juta penerima sedia ada yang dikenalpasti layak melalui pemberian BR1M terdahulu, hanya 4.4 juta telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, dan baki 2.4 juta lagi belum berbuat demikian.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta penerima BR1M 3.0 berkenaan segera tampil mendaftar serta jangan mengharapkan kerajaan melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

“Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan,” katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya, Jumaat.

“Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Januari ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M,” katanya.

“Saya juga mohon 2.4 juta atau 35 peratus penerima BR1M terdahulu yang belum mengemaskini nombor akaun bank agar bertindak sebelum 31 Januari ini bagi memudahkan urusan,” katanya yang turut membuat kenyataan yang sama di laman Twitternya.

Ahmad berkata sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Jan hingga 31 Dis 2014.

Beliau berkata, tahun ini kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0.

Oleh itu peruntukan sebanyak RM4.5 bilion disediakan meningkat berbanding RM3 bilion ketika BR1M 2.0.

“Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 ‘buffer’ (persediaan) bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan agihan pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari ini.

Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Manakala keluarga dengan pendapatan isi rumah antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan layak menerima RM450 serta caruman takaful RM50.

Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak lebih RM2,000 pula layak menerima RM300. -bnbbc.my

Pssssttt... AKJr: Kepada semua rakyat Malaysia yg berkelayakan diminta daftar serta mengemaskini akaun BR1M anda.. "Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari.."

PANAS TERIK!! "RAMPAS KITAB BIBLE DISOKONG" - Persatuan Ulama Malaysia-

PANAS TERIK!! "RAMPAS KITAB BIBLE DISOKONG" - Persatuan Ulama Malaysia 



Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyita lebih 300 nashkah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dan membuat serbuan ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia pada Khamis memang di bawah bidang kuasa perundangan jabatan itu.

Menurut Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir JAIS mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan di Damansara Kim, Petaling Jaya itu dan tiada pihak perlu mempertikaikannnya.

“Itu memang bidang kuasa dia, dia boleh serbu dan dia boleh rampas. JAKIM sendiri pun tidak ada kuasa sebegitu. Memang itu tanggungjawab JAIS, tiada pertikaian lagi,” tegas beliau sambil menyatakan sokongan PUM terhadap tindakan JAIS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Exco Agama Negeri Selangor, Sallehan Mukhyi bahawa kerajaan negeri itu tidak dimaklumkan berkenaan serbuan itu.

Menurut beliau isu itu tidak wajar dibangkitkan oleh Sallehan memandangkan struktur organisasi JAIS tidak terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya melapor terus kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penguatkuasa JAIS pada Khamis bertindak merampas 321 nashkah Bible berkenaan, manakala pengerusi dan pengurus pejabat persatuan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk diambil keterangan.

Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam naskah Bible Bahasa Melayu dan Iban yang diimport dari Indonesia oleh persatuan itu.

Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad minggu lalu berkata JAIS akan menghantar surat kepada semua gereja di Selangor untuk mengingatkan mereka agar mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah.

Enakmen 1988 yang menyentuh mengenai Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, juga melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.

Isnin, 16 Disember 2013

WAJIB BACA!! [FAKTA] ROSMAH MANSOR MELUAHKAN SELEPAS BELIAU TERUK DIFITNAH..

WAJIB BACA!! [FAKTA] LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Selasa, 10 Disember 2013

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Hairun_own #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur


Pergerakan Pemuda UMNO Perak Lancar OPS Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Banjir 

Pemuda UMNO Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor akan bersama-sama Sukarelawan daripada Yayasan Bina Upaya, Sajak, Mesco, Belia 4B Perak, Waziboys, Ipoh Bikers, Restoran Simpang Tiga dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak. 


Turut serta pada kali ini adalah sukarelawan dari Pemuda Bahagian Ipoh Timor, Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Pemuda Bahagian Gopeng, Pemuda Bahagian Tambun, dan Batu Gajah dengan kekuatan 12buah Kereta 4x4, 4Buah Van dan 2 Buah Lori yang akan bertolak ke Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana dengan memebrikan sumbangan dari segi pakaian, makanan dan kelengkapan hidup disamping membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pejalanan esok akan mengambil selama kira-kira 6jam dan akan bertolak pada jam 7 pagi esok. Skuad akan berkumpul di Ipoh dan akan menyusun semua barangan di Pusat Pengumpulan Rumah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sebelum bertolak ke Pahang bagi Misi Bantuan Kemanusiaan di Negeri Pahang.


Pada kali ini turut bersama-sama adalah dua Pusat Perubatan yang terkenal di Negeri Perak iaitu Pusat Perubatan Universiti Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Ar-Ridzuan yang akan membantu dari segi bantuan pemeriksaan kesihatan dan barangan ubat-ubatan.

Sebarang pertanyaan bagi sesiapa yang ingin melibatkan didalam misi kemanusiaan ini esok tidak kira dari segi fizikal atau apa-apa sumbangan boleh menghubungi saudara Jeffery 0195700066 dan Saudara Salim di talian 0133011030. Sebarang bentuk bantuan kewangan juga boleh disalurkan ke Akaun RHB  20809800035448 di atas nama MESCO.

INFO @ AKjr: TENGKU MAHKOTA PAHANG & TENGKU PUAN PAHANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR..

INFO @ AKjr: TENGKU MAHKOTA PAHANG & TENGKU PUAN PAHANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR..



"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu ungkapan yang sangat indah bagi menggambarkan betapa kita orang-orang Melayu bertuah kerana mempunyai Raja-Raja Melayu yang tidak menjadikan "DARJAT" sebagai penghalang kepada mereka untuk mendekati dan bersama membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk turut serta dalam usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.


Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang sendiri sebagai contoh, langsung tidak berasa kekok untuk turut serta. Tengku Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri mereka kerana bagi mereka rakyat adalah sebahagian dari hidup mereka.




Gambar-gambar yang diambil bukanlah dilakonkan atau diedit tetapi adalah gambaran sebenar kejadian dan gambar sebenar kehidupan seorang Anak Raja yang selama ini menjadi bahan hinaan Cina-Cina DAp yang kurang ajar.

Bangsa melayu sendiri hari ini terpengaruh dengan "MISI-MISI GELAP" pembangkang yang mahu menjatuhkan Institusi Raja Melayu yang mereka tahu selagi ianya tegak berdiri selagi itulah mereka tidak akan dapat merampas negara ini dari tangan Orang Melayu.

Mereka menjadikan hak Raja-Raja itu sebagai bahan fitnah meraka untuk memberi kepada rakyat khususnya Bangsa Melayu yang Raja-Raja Melayu ini membazir dan bermewah-mewahan menghisap darah dan titik peluh rakyat.

Biar apapun kata mereka, biar apapun fitnah mereka, biar apapun rancangan mereka, kita sebagai Orang Melayu, Bangsa Melayu Beragama Islam tetap akan akan mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.



Biar Hancur Badan Dikandung Tanah, Mengundur Pantang Sebelum Ajal Menjemput!!

Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! 
Daulat Tuanku!!

Isnin, 9 Disember 2013

PANAS TERIK!! Jom tonton [Video] & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura..

PANAS TERIK!! Jom tonton [Video] & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura.. 


Melihat insiden yang berlaku di Singapura semalam, terbukti jiran negara kita ini hanya pandai bercakap dan mencari keburukkan negara lain, walhal bila rusuhan berlaku di negara sendiri, mereka gagal untuk bertindak dengan baik malah lebih teruk dari negara yang mereka selalu tuduh iaitu Malaysia.

Kita bukan nak dengki atau mencari kesalahan pihak luar tapi sebagai contoh masa berlakunya demonstrasi Bersih di Malaysia, pihak media Singapura sedaya upaya "Spin" berita mengenai bersih seolah olah kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi.

Tapi bila lihat dengan apa yang berlaku di Singapura semalam, ternyata mereka lebih teruk dari Malaysia..

Tak dak lah aman sangat Singapura nie, bas langgar mati seorang rakyat asing pun dah jadi rusuhan. Maknanya polis Singapura lambat bertindaklah.




Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di bawah mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.

Video 'close-up' berkenaan dirakam oleh Berlinda dan pertama kali disiarkan oleh sebuah laman Facebook, theonlinecitizen, di sini



Berikut adalah gambar-gambar rusuhan di tempat berkenaan.