SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label AGENDA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGENDA. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2014

PANAS TERIK!! [FAKTA] TUTUP PUSAT #GIATMARA BUKTI AGENDA ANTI MELAYU ISLAM #PAKATANRAKYAT SELANGOR DIDEDAHKAN!!!

PANAS TERIK!! [FAKTA] TUTUP PUSAT #GIATMARA BUKTI AGENDA ANTI MELAYU ISLAM #PAKATANRAKYAT SELANGOR DIDEDAHKAN!!!



Agenda anti-Melayu PR PKR,PAS dan DAP di Selangor semakin terserlah dengan ura-ura sebuah Pusat Giatmara akan dirobohkan hanya atas teknikal yang kecil.Setelah masuk penggal kedua memerintah Selangor,pakatan pembangkang sudah menyusun strategi yang lebih rapi untuk memghalalkan tindakan mereka menghapuskan satu persatu hak-hak orang Melayu di negeri itu.Satu ketika dahulu,kerajaan negeri juga pernah menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah pada 2010 sehingga memaksa rancangan itu dipindahkan ke Melaka.Pembinaan kampus di UiTM adalah bagi menampung jumlah pelajar Melayu yang semakin bertambah di Selangor tetapi pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.Mungkin inilah kesan yang diterima oleh rakyat Selangor apabila mempunyai Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan memilih pembangkang mentadbir negeri itu. 

Janji-janji manis yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya kini sudah bertukar menjadi masam dan lain pula kerenah mereka sekarang.Jikapun Pusat Giatmara di Sabak Bernam yang ingin di tutup oleh Exco Selangor dari Dap, tidakkah boleh perkara ini diselesaikan dengan baik ??? Isi di sini ialah dasar Giatmara untuk memberi peluang kepada remaja Melayu yang sesetengahnya tercicir dalam pelajaran diberi masa depan yang lebih cerah melalui latihan teknikal.Kebanyakan Pusat Giatmara yang dibina diseluruh negara adalah bersifat komuniti iaitu ia lebih memberi fokus kepada pemgambilan pelatih dari kawasan setempat di mana ia berada.Menutupnya atas alasan tanah di mana pusat itu dibina adalah milik kerajaan negeri bukan suatu yang boleh diterima akal. Ia hanyalah masalah pentadbiran yang perlu diuruskan antara kerajaan negeri, pejabat tanah, majlis daerah dan Giatmara sendiri.Keadaan yang sama juga berlaku apabila kerajaan negeri melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.Atas mainan politik kotor pembangkang juga rancangan untuk mewujudkan universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat terbantut. Sekali lagi pembangkang menghalang apa sahaja pembangunan yang boleh meningkatkan daya saing dan tahap keupayaan rakyat negara ini untuk terus maju di dalam bidang pendidikan. 

Walaupun sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada September 2011,alasan yang sama digunakan iaitu tanah tersebut adalah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.Kerajaan negeri sebenarnya menyalahkan kuasa untuk memberi kelulusan bukan atas alasan yang munasabah tetapi beralaskan muslihat politik.Ketiga-tiga kes yang menjadi contoh adalah bukti bahawa apa yang dilakukan pembangkang bukanlah suatu kebetulan tetapi perancangan yang rapi.Apa sahaja pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional di masa lalu, mereka akan mengambil kredit dan mengatakan kepada dunia bahawa itulah adalah semua titik peluh mereka.Tetapi apabila kerajaan pusat ingin terus membawa pembangunan ke Selangor tanpa menghirau perbezaan politik, tindakan ini akan digagalkan. Ini kerana mereka tahu jika projek-projek pembangunan di negeri itu adalah usaha kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri maka rakyat boleh membuat perhitungan pada pilihan raya akan datang. 

Pada pembangkang agenda politik mereka lebih utama daripada pendidikan dan latihan untuk rakyat.Malah rakyat Selangor akan lebih banyak menanggung kerugian jika projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di negeri itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain hanya kerana PKR,Pas dan Dap tidak bersetuju.Ada gelanggangnya hendak bersilat politik tetapi apabila kepentingan rakyat terjejas, politik bukan lagi menjadi alat untuk kebaikan tetapi telah bertukar sebagai senjata memakan tuan. Rakyat Selangor kini harus sedar,tidak ada satu projek yang benar-benar yang boleh dibanggakan oleh pembangkang selama lebih lima tahun mereka mentadbir negeri itu.Selangor harus terus mengorak maju sebagai negeri terkaya dan paling membangun tetapi jika ia terus berada di bawah pembangkang,masa depannya tidak lagi terjamin malah bertambah kelam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN..

Ahad, 25 Ogos 2013

PANAS BERAPI!! Barack Obama Akan Runtuhkan Ka'abah? Bahaya Sungguh Agenda Yahudi...

PANAS BERAPI!! Barack Obama Akan Runtuhkan Ka'abah? Bahaya Sungguh Agenda Yahudi...


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah (kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:

DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!. 


Ahad, 16 Jun 2013

PANAS TERIK!! MCA Enggan Bantu Barisan Nasional??? Sebaliknya Bantu Agenda Jahat DAP??

PANAS TERIK!! MCA Enggan Bantu Barisan Nasional??? Sebaliknya Bantu Agenda Jahat DAP??


Adakah kita gagal memahami kehendak masyarakat Cina atau sebenarnya hasutan melampau DAP telah mengubah haluan dan pandangan kaum Cina? Parti MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional yang bertanggungjawab untuk menangani isu kaum Cina di Negara kita. Namun kerana krisis dalaman yang berlarutan antara kepimpinan MCA telah menyebabkan mereka hilang arah.

Bukan itu sahaja masalah MCA, mereka juga menjadi parti yang “malas” dan bergerak ala kadar untuk membantu kaum Cina dan Barisan Nasional. Dalam hal ini maka pucuk pimpinan MCA harus bertanggungjawab ke atas tsunami Cina yang melanda Negara. Mereka tidak bekerja keras untuk memenangi hati kaum Cina untuk mengundi Barisan Nasional yang telah bekerja kuat untuk mempertahankan Negara dari dirampas oleh DAP dan pembangkang.

Selepas PRU 2008, dalam masa Januari hingga Jun 2010 MCA hanya mendaftar seramai 2,897 orang pengundi manakala DAP pula mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi dalam tempoh yang sama (6 bulan). Ini menunjukkan kesungguhan DAP dalam menghadapi PRU13. Pengundi baru sama ada didaftarkan atau yang dipindah ke Gelang Patah telah membantu memenangkan Lim Kit Siang dan juga calon-calon bidan terjun lain DAP di Johor, negeri sasaran DAP bagi PRU13.

Manakala dari bulan Mac 2010 sehingga bulan Mei 2012 pula, DAP berjaya mendaftarkan seramai 201,668 pemilih baru dalam jangkamasa 26 bulan tersebut.


DAP telah mencipta ‘rekod sempurna’ di negeri-negeri kubu kuat mereka.

Di DUN Pulau Pinang, DAP bertanding 19 kerusi, menang 19.

Di DUN Perak, DAP bertanding 18 kerusi, menang 18.

Di DUN Selangor, DAP bertanding 15 kerusi, menang 15.

Di DUN Negeri Sembilan, DAP bertanding 11 kerusi, menang 11.

Di DUN Pahang, DAP bertanding 7 kerusi, menang 7.

Namun Gelombang Melayu telah berjaya menolak PKR dan PAS dengan menukarkan warna Kedah menjadi biru daripada hijau. Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS juga telah memenangkan UMNO di Perak. Dalam pilihanraya tahun 2008, Barisan Nasional telah kehilangan negeri Perak. Tsunami Cina berjaya mengukuhkan kedudukan Pakatan di negeri-negeri majority Cina yang diperintah mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang, pencapaian Barisan Nasional lebih merosot dalam tahun 2013 berbanding prestasi mereka pada 2008.


Statistik telah menunjukkan pola para calon Melayu PKR dan PAS kalah di kawasan yang ramai pengundi Melayu dan menang di kawasan yang ramai pengundi Cina yang sebelum ini merupakan kawasan MCA. Seri Serdang mempunyai 46.1 peratus sahaja pemilih Melayu. PAS telah mencipta sejarah dengan menang di kawasan yang kurang separuh daripada pemilihnya kaum Melayu hasil dari tsunami Cina. Jelas sekali bahawa PAS tidak mampu mengambil alih peranan Umno dengan rekod PAS telah tewas di Kedah dan Umno menjadi tunjang kerajaan negeri Perak dengan Umno pegang 30 kerusi daripada 31 kerusi Barisan Nasional.

PRU13 telah membongkar kedudukan sebenar parti-parti politik di Negara kita. Kewibawaan UMNO dalam menggerak hala tuju politik Negara kita amat besar. Kesungguhan DAP dalam merampas kuasa telah menyebabkan mereka bergerak dan berusaha 100% kea rah itu. Kelemahan MCA dalam meneraju parti merupakan kesilapan mereka dalam memilih pemimpin. Maka MCA wajib berubah kepada lebih aggresif bagi meneruskan kesinambungan mereka.