SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label SYIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SYIAH. Papar semua catatan

Sabtu, 2 November 2013

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!



Memang senang untuk bercakap apa sahaja, terutamanya apabila orang yang disebut-sebut itu sudah meninggal dunia. Kami pun boleh mengaku anak saudara Ustaz Azizan dan beliau mewasiatkan agar mengundi BN sejurus sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. 

Agak-agaknya kalau ada penyokong BN yang berkata begitu, apa reaksi PAS? Sudah tentu PAS akan halakan 1001 peluru fitnah dan tohmahan ke kepala individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan kami pasti ianya tidak akan berhenti sehinggalah individu tersebut lemah dan akur untuk membuat kenyataan media bersama PAS bagi menafikannya dan menuduh kembali BN sebagai dalang. Tipikal.

Begitu jugalah dengan calon PAS kali ini. Bukannya susah sangat hendak buktikan yang anda benar-benar mempunyai pertalian darah atau pernah berguru dengan Arwah bukan? Kalau tidak dapat buktikan dengan dokumen keluarga yang sah, cuba tampilkan walau sekeping gambar peribadi yang anda pernah bersama dengan Arwah Ust. Azizan? Tidak susah bukan kalau apa yang didakwa itu benar.

Dan pastinya anda juga tidak mempunyai masalah untuk menjelaskan kenyataan anak didik Imam Syiah se-Malaysia iaitu Mat Sabu yang mencerca Arwah Us Azizan bukan?


Isnin, 1 Julai 2013

PANAS TERIK!! Jom Bongkar.. Syiah Telah Berkubu Dalam PAS??

PANAS TERIK!! Jom Bongkar.. Syiah Telah Berkubu Dalam PAS??



Kita tahu bahawa Syiah telah lama bertapak di Malaysia namun sukar untuk dikenalpasti kerana mereka tidak menonjolkan diri. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, penganut Syiah telah menunjukkan warna mereka secara terbuka. Tidak pasti bagaimana ia boleh terjadi begini tetapi yang pastinya begitu ramai orang-orang Melayu yang keliru dan menganggap Syiah itu sebagai cabang mazhab dalam Islam.

Antara pemimpin Syiah di Malaysia yang dikenalpasti ialah Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS. Walaupun tidak mengakuinya tetapi beliau tidak pernah menafikannya. Malah beliau juga sering dikesan menghadiri program di Iran iaitu negara yang mengamalkan Syiah. Beberapa kali kita melihat program-program PAS turut memaparkan unsur Syiah di mana secara terbuka menjulang Khomeini. Cara PAS mendewakan Nik Aziz juga menyerupai pendewaan rakyat Iran terhadap Khomeini.

Hari ini, Syiah semakin berleluasa malah mula membuka surau-surau mereka sendiri. Di pusat-pusat pengajian tinggi juga kumpulan Syiah tidak lagi segan silu menampakkan diri.

Kita tidak tahu bagaimana ada yang boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah yang jelas sesat dan menyimpang dari AlQuran dan Sunnah. Tetapi, yang kita tahu orang-orang Syiah pasti menyokong PAS. Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua Syiah dan PAS memainkan peranan yang sama iaitu memecahbelahkan umat Islam.

Syiah diketahui membantu Amerika memusnahkan Iraq, manakala PAS pula turut membantu Amerika tanpa sedar, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia. Ini dilakukan dengan cara bekerjasama dengan agen Amerika iaitu BERSIH dan juga SUARAM sama ada secara langsung ataupun melalui Pakatan Rakyat.

Dengan bersekongkol dengan PKR dan DAP, PAS turut membantu menyebar kesesatan. PKR menyokong pluralisme dan menerima LGBT sebagai hak asasi manusia. Manakala DAP pula cuba menyesatkan dan memurtadkan umat Islam melalui perjuangannya untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama rasmi serta penyebaran Injil dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian.

Justeru, tidak hairanlah apabila puak Syiah memilih PAS dan bukan UMNO sebagai platform untuk mengembangkan gerakan mereka. Melihat dari hubungan PAS dengan Syiah, maka tidak hairanlah kenapa pemimpin PAS sering terlibat dalam skandal seks atau zina. Dengan nafsu orang PAS yang sukar dikekang, pastilah ajaran Syiah yang menghalalkan muta’ah amat menarik hati mereka.

Kita memahami kenapa DAP sanggup bekerjasama dengan PAS iaitu untuk ditunggang bagi mendapatkan undi Melayu. Tetapi, jika kita hairan kenapa PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP, maka jawapannya ialah Syiah. Puak-puak Syiah inilah yang menjadi penghubung ‘rohani’ antara PAS dan DAP bagi merealisasikan kemusnahan golongan Ahlul Sunnah di Malaysia.

Tidak salah dikatakan bahawa Syiah adalah jauh lebih bahaya dari semua ancaman lain seperti LGBT, pluralisme atau Malaysian Malaysia kerana Syiah bertopengkan Islam dan bergerak sebagai salah satu dari mazhab dalam Islam. Sedangkan ancaman-ancaman yang lain itu adalah nyata dan mudah untuk ditentang.

Kita sedia maklum bahawa umat Islam di Malaysia, rata-ratanya masih ‘cetek’ ilmu agama dan cukup mudah terpedaya dengan penampilan atau cakap-cakap pelat Arab. Oleh itu, ramai di antara kita masih keliru antara ‘sesat’ dengan ‘jahil’. Memandangkan puak Syiah sering membawa penampilan Islamik, maka ramai yang terus menganggap mereka sebagai Islam. Di masa yang sama mereka juga gemar sekali mengutuk dan menghukum mereka-mereka yang tidak berpenampilan Islamik sebagai berdosa dah ahli neraka.

Ini mereka lakukan tanpa sedar bahawa orang yang dihukum mereka itu masih Islam, tetapi mereka yang mengikut ajaran dan kumpulan Syiah itu pula mungkin sudah terbatal Islamnya.

Justeru, kebimbangan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap fahaman Syiah adalah berasas, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin PAS. Berdasarkan kenyataan ini, PAS dan UMNO wajib bersama-sama memain peranan menolak ajaran Syiah secara tegas dan bersepadu. Hanya dengan terhapusnya Syiah maka umat Islam di Malaysia boleh bersatu.

Sabtu, 22 Jun 2013

PANAS BERAPI!![VIDEO] FAHAMAN SYI'AH KINI TELAH MENULAR DINEGARA KITA??

PANAS BERAPI!![VIDEO] FAHAMAN SYI'AH KINI TELAH MENULAR DINEGARA KITA??



Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)

* pendedahan bersifat umum tanpa mengira pegangan politik atau kedudukan, hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.

*sebarang laporan polis belum dibuat setakat ini. wallahua'alam

Mana perginya Exco Agama Islam di Selangor? Rasanya dah lantik jadi teruslah buat kerja? Tahu atau tidak Syiah ini bahaya dan mereka ini sedang menular di bumi Malaysia. Mereka ini yang menentang ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Subhanallah! Jauhkan mereka dari menyesatkan anak bangsa Muslim di Malaysia! Rasanya JAIS ada tulis pasal bahayanya Syiah. [Klik Sini]


AKJr :  Macamana JAIS buat kerja?..atau ada yang menghalang?


Sumber

WAJIB BACA!! KENALI CIRI-CIRI PENGANUT SYI'AH..

WAJIB BACA!! KENALI CIRI-CIRI PENGANUT SYI'AH..




Syi'ah makin berleluasa kat negara kita ni. Kebanyakkan depa ni adalah mereka-mereka yang pernah menuntut di Iran, Iraq dan beberapa negara yang kuat pegangan Syi'ahnya. 

Dalam PAS dan Pakatan Haram pun ramai yang difahamkan pendokong kuat Syi'ah di Malaysia. Antaranya ialah Mat Sabun, Khalid Ismath dan ramai lagi.

Baru-baru ni pun puak Syi'ah ni ada buat majlis pelancaran pusat Syi'ah di Klang, Selangor.

Korang kenal tak ciri-ciri orang Syi'ah? Kalau nak kenal depa, sila tengok ciri-ciri kat bawah ni dan korang akan mudah kenal pasti...


Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. 

Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang...

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar


* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.


* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.


* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.


* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.


* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.


* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.


* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.


* Memarahi orang yang puasa Asyura.


* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).