SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label USTAZ KAZIM ELIAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label USTAZ KAZIM ELIAS. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2013

PANAS TERIK!! Ustaz Kazim Dihalang Oleh Pemerintahan Kuku Besi Penang Bagi Berceramah Di Forum Perdana...

PANAS TERIK!! Ustaz Kazim Dihalang Oleh Pemerintahan Kuku Besi Penang Bagi Berceramah Di Forum Perdana...


Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan.

Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri.

Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah.

Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik. Orang politik sepatutnya berbaik dengan pendakwah supaya mereka mendapat faedah, tetapi yang berlaku sebaliknya kerana yang rugi bukan saya tetapi masyarakat. Biarlah masyarakat yang menilai dan menghukum pemimpin seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah, Permatang Pauh di Simpang Tiga Kubang Ulu di Penanti dekat sini.

Muhammad Kazim yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi, Ipoh berkata, walaupun bukan semua ahli politik bersikap begitu, tetapi masih ada ahli politik kurang mahir berpolitik dan menjadikan pendakwah bebas sebagai musuh mereka.

Sepatutnya pendakwah bebas seperti saya dibantu kerana mereka mempunyai pengikut. Membatalkan ceramah dengan arahan lisan menjejaskan dakwah dan menjadikan orang ramai kecewa dengan orang politik.

Salah satu sebab saya mengambil keputusan berhenti berceramah kerana sudah bertahun-tahun menghadapi tekanan politik. Saya berdakwah orang politik yang ganggu, mereka buang dan bakar bunting, membakar mercun dan mengarahkan batal kuliah," katanya.

Menurutnya, bukan beliau seorang sahaja yang menghadapi tekanan politik, tetapi ramai lagi pendakwah menghadapi situasi itu membuatkan beliau mengambil keputusan berhenti ceramah pada November tahun ini.

Arahan ahli politik supaya dibatalkan majlis pada saat-saat akhir juga menimbulkan masalah kepada jawatankuasa surau dan masjid. Penganjur juga diberikan tekanan politik supaya dibatalkan.

Walaupun saya berhenti ceramah, tetapi saya masih meneruskan dakwah di media massa dan elektronik, menulis buku dan majalah," ujarnya.

Tambah beliau, bidang pendakwahan sangat luas dan bukannya berceramah dalam Forum Perdana sahaja.

Menurut Muhammad Kazim, tidak seperti Pulau Pinang, beberapa negeri lain mengamalkan sikap terbuka kepada pendakwah sepertinya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli politik supaya bersikap profesional dan jangan anti kepada pendakwah bebas dan program ceramah agama.

Psssttt... AKJr : MEMANG biaDAPig!!!

Khamis, 13 Jun 2013

WAJIB TENGOK!! Perbezaan Ketara Di Antara Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Mohd Kazim Elias..

WAJIB TENGOK!! Perbezaan Ketara Di Antara Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Mohd Kazim Elias..




Tidak susah untuk menilai perilaku dan hati budi seorang Ustaz. Yang mana satu yang boleh jadi ikutan, idola dan contoh tauladan. Tak tahulah aku mungkin juga Ustaz Azhar Idrus turut memiliki atau membuka Sekolah Pondok atau Sekolah Tahfiz miliknya. Bukan apa, selalu kita melihat Ustaz Kazim Elias amat rajin untuk mencari dana untuk membangunkan Sekolah Tahfiz miliknya, yang beliau bina dan beliau uruskan iaitu Pusat Pendidikan Al-Barakah. 


Tidak sempat Ustaz Kazim Elias untuk bermewah-mewah dengan harta dunia yang sementara. Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias telah menambah aset sekolah Al-Barakah dengan pembelian sebuah bas baru untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Tak mengapalah Ustaz Kazim, pengorbanan anda ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Biarlah tiada motor dan kereta mewah serta isteri muda jelita.