SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 24 November 2013

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!



Seperti dijangka, perwakilan Pas tetap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua berturut turut selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.

Nampaknya Para perwakilan Pas tetap mahukan seorang yang bukan dari kalangan ulamak untuk mengisi kerusi no 2 dalam Pas..

Keputusan Pemilihan PAS 2014;

Presiden : Hadi Awang


Timbalan Presiden : Mat Sabu

Naib Presiden : Keputusan akan diumumkan esok
[apakah sedang berlaku 'jual beli?']


AJK PAS Pusat;

1. Ustaz Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai
4. Amiruddin Hamzah Kedah
5. Dr Hatta Ramli
6. Ustaz Nasruddin Hassan
7. Nik Abduh anak Nik Ajis
8. Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkifly Ahmad
10. Hanipa Maidin
11. Datuk Kamaruddin Jaafar
12. Nik Zawawi Salleh
13. Khalid Samad @ Khalid Gereja
14. Dr Syed Azman
15. Dr Ridhuan Md Nor
16. Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah
18. Ustazah Nuridah Salleh

2 ulasan:

  1. PAS yg skrg bukan PAS yg dulu.
    Dulu dulu dulu, ust, ulama' dihormati.
    Skrg disepele.
    Dulu dulu dulu, negara Islam dan hudud.
    Skrg ape pun boleh, tahaluf siyasi katanye.
    Dulu dulu dulu, yg Islam saja diterima.
    Skrg, mcm mcm ada.

    BalasPadam
  2. Selagi PAS sekongkol dengan PKR dan DAP selagi itulah parti ini akan semakin hilang kepercayaan orang-orang Melayu Islam di Malaysia. PAS kena ingat mereka-mereka ini sudah pandai dan bijak menentukan masa depan mereka. Selagi PAS diurus secara "kampong" selagi itulah majoriti generasi Y tidak akan bersamanya kecualilah yang sedikit yang seirama dengan nya.

    BalasPadam