SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 6 Ogos 2013

INFO @ AKjr : Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat @putra2388 Menawarkan Diri Sebagai Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

INFO @ AKjr: Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat @putra2388 Menawarkan Diri Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia @Khairykj

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi hari ini mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Katanya keputusan itu dibuat berikutan terdapat 15 kekosongan jawatan di peringkat Pemuda Pusat.

"Semua sedia maklum bahawa ketika ini hanya tinggal 5-6 orang sahaja dalam exco dan terdapat lebih daripada 15 kekosongan bagi jawatan exco peringkat pusat.

Maka dengan itu, saya ingin menawarkan diri kerana yakin dengan kemampuan saya untuk melaksanakan tanggungjawab itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Berbuka Puasa Keluarga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat di Restoran Pakeeza malam tadi.

Menurut Shamsul, tujuannya menawarkan diri adalah untuk memastikan pergerakan pemuda kembali menjadi satu kuasa pendesak yang kuat bagi kerajaan Barisan Nasional.

Dalam majlis yang sama,beliau turut menghulurkan sumbangan duit raya buat 140 orang pelajar dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Islah Addiniah.

Gambar2 sekitar Majlis tersebut....




























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan