SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 15 Ogos 2013

INFO @ AKjr : KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH BARAT SDR @putra2388 MEMBUAT LAPORAN POLIS TRHADAP PENGERUSI DAP SARAWAK

INFO @ AKjr : KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH BARAT SDR @putra2388 MEMBUAT LAPORAN POLIS TRHADAP PENGERUSI DAP SARAWAK!!











Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia & Bahagian Ipoh Barat Diketuai oleh Sdr. Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi Mengecam sekeras-kerasnya tuduhan serta kenyataan biadap dan sangat tidak bertanggungjawab oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengatakan bahawa insiden kes tembak serta jenayah yg brleluasa diNegara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan dimansuhkan.

Tohmahan itu merupakan satu bentuk hasutan politik yg jahat, serius dan keterlaluan, dilihat bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tembelang pembangkang bagi memperjuangkan politik kebencian dan perpecahan dikalangan rakyat.

Dengan itu, kami turut membuat Laporan Polis keatas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan keatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan