SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label NGO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NGO. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2013

PANAS TERIK!! 130 NGO MELAYU ISLAM MALAYSIA DESAK MANSUHKAN SEKOLAH VERNAKULAR!! @NajibRazak

PANAS TERIK!! 130 NGO MELAYU ISLAM MALAYSIA DESAK MANSUHKAN SEKOLAH VERNAKULAR!! 



Sebanyak 130 buah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam di sini dua-tiga hari yang lepas mendesak kerajaan agar memansuhkan sekolah-sekolah vernakular di negara ini.

Desakan tersebut dilakukan kerana sekolah-sekolah itu merupakan batu penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan sekolah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan kadar segera termasuk menyeragamkan sistem pendidikan sekolah di Malaysia bagi memastikan keamanan di negara ini terkawal.

"Seperti yang kita ketahui, semua sekolah vernakular di negara ini mempunyai silibus pendidikan yang berbeza daripada sekolah kebangsaan yang lain.

"Jika pelajar di sekolah kebangsaan didedahkan dengan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia, mereka (sekolah vernakular) pula hanya didedahkan dengan sejarah negara asal mereka," kata beliau pada sidang akhbar di sini

Selasa, 4 Jun 2013

PANAS TERKINI!! HINA AGONG - KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH BARAT BERSAMA NGO PERAK BUAT LAPORAN POLIS..

PANAS TERKINI!! HINA AGONG - KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN IPOH BARAT BERSAMA NGO PERAK BUAT LAPORAN POLIS..

Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat dan 20 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi akaun media sosial Twitter dan Facebook, kelmarin.

Pemilik akaun Twitter, twithandle@10befiend atau dikenali sebagai Effi Obediend menyamakan YDPA dengan panggilan “Pakcik Anjing Kedah” dan “Patung Kerajaan”.

Manakala pemilik akaun Facebok yang dikenali sebagai Melissa Gooi membuat kenyataan menyebut “dia boleh muntahkan semula makanan yang dimakan pada waktu pagi, tengahari dan malam semasa mendengar baginda bertitah”.


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, berkata status kerakyatan kedua-dua individu ini harus dilucutkan dengan serta-merta.

Katanya, ini kerana mereka berdua secara terang-terangan mencabar institusi diraja serta tidak menghormati YDPA.

“Perbuatan ini secara tidak langsung boleh menganggu-gugat perpaduan antara kaum serta mencetuskan krisis yang melampaui batas jika tidak ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, dekat Ipoh,

Syamsul juga menjelaskan, perbuatan biadap itu harus dibendung untuk menjamin kedaulatan negara pada masa akan datang.


Beliau juga menzahirkan rasa terkejut di atas tindakan biadap kedua-dua individu berkenaan yang sanggup melemparkan ungkapan kesat sedemikian rupa.

“Saya yakin lebih ramai lagi yang akan tampil membuat laporan polis berhubung kes ini, ” jelas beliau lagi.

Syamsul Baharin Putra menegaskan pihaknya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang tidak bertangungjawab ini bagi menjamin ketenteraman awam.

Psssttt... AKJr : MEMANG SUDAH MELAMPAU SANGAT LA SEGELINTIR MANUSIA YANG TAK TAU ASAL USUL DIRI NI.. BILA KITA MARAH, ATAU KITA SUARAKAN HAK ORANG2 MELAYU MEREKA KATA KITA RASIS PULAK.. ISHHH AJE NYE GAMPANG LA PUAK2 NI!! PUIIII!!...