INFO @ AKJr : Lebih 10,000 Meriahkan Suasana Rumah Terbuka ‘Merdeka Raya’ Sayap-sayap UMNO
Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlansung dengan suasana penuh meriah apabila lebih 10,000 jemputan dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menghadiri majlis tersebut.
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang tiba selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman di PWTC bersama isteri masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Najib dan Muhyiddin meluangkan masa kira-kira sejam menikmati juadah dan seterusnya bergegas untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada pukul tiga petang ini (30/08/2013)
Selain itu, turut kelihatan hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, Ketua Wanita UMNO,Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Dato Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid, exco Pemuda UMNO dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Turut Hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Sdr. Syamsul Baharin Putra Yang juga Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia bersama sahabat-sahabat seperjuangan..
Orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat lapisan umur dan bangsa kelihatan kelihatan teruja dan gembira dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.- Umno Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan