SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PEMIMPIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMIMPIN. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mei 2014

WAJIB BACA!! NUKILAN DARI SEORANG PEMIMPIN ANAK JATI #PRKTelukIntan @shahrulyahya


Shahrul Zaman Yahya berselfie di Majlis Sambutan Hari Guru.


Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga Anson.

Saya rasa terpanggil untuk menulis nukilan ini kerana saya dibesarkan di Teluk Intan. Walau pun kami sekeluarga berpolitik di kampung kami di Bagan Datok, saya dibesarkan di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan setelah bapa saya membeli sebuah rumah di situ pada tahun tujuh puluhan. 

PRK parlimen Teluk Intan memberikan satu perspektif baru dalam politik negara apabila DAP meletakkan Dyana seorang calon muda melayu berusia 27 tahun. Dari sudut itu, sebagai seorang yang sukakan pembaharuan & proses peremajaan, saya mengalu-alukannya.

Saya juga tidak cenderung memanggil Dyana seorang pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP adalah hak & prerogatif beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun sebagai seorang anak tempatan, saya ingin mengingatkan diri saya & semua orang kampung saya bahawa pilihanraya bukanlah pertandingan ratu cantik mahu pun pertandingan populariti. Dari perspektif itulah pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu rasional dalam membuat pemilihan. Yang perlu dipilih adalah seorang wakil rakyat yang perlu mewakili rakyat Teluk Intan secara efektif di dalam parlimen. 

Maka pilihan yang terbaik harus dibuat. Dyana tidak dinafikan mempunyai personaliti yg menarik, namun secara ikhlas saya melihat bahawa beliau masih perlu melalui dahulu proses pengilangan sebagai seorang ahli politik. Usia beliau di dalam politik baru 2 tahun & saya melihat bahawa beliau belum cukup matang untuk mewakili rakyat Teluk Intan. 

Beliau seperti dibonekakan oleh DAP. Jangan tersalah anggap dalam perkara ini kerana sebagai exco beliau negeri Perak, saya lah org yang pertama yang akan menyokong proses peremajaan dalam senario politik negara. 

Saya menghormati beberapa pemimpin muda dalam DAP seperti Saudara howard Lee, ADUN Pasir Pinji yang mempunyai tahap intelektual yg tinggi. Namun perkara yang sama tidak dapat saya nyatakan tentang Dyana. 

Dalam sidang akhbar & pengucapan umum pun beliau kelihatan begitu 'novice' & 'naive' termasuklah insiden bosnya, Lim Kit Siang yang terpaksa mengambil alih mikrofon daripada Dyana untuk menjawab soalan rakan media tentang kemungkinan apa yang berlaku kepada Yang Mulia Tungku Aziz mungkin akan berlaku kepada Dyana.

Dato Mah pula adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Seorang anak tempatan yg telah berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan sejak 1995 lagi sebagai ADUN Pasir Berdamar. Menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal & Timbalan Menteri.

Benar dia kelihatan tidak begitu menarik berbanding Dyana, tetapi sebagai seorang wakil rakyat, Dato Mah umpama langit & Dyana umpama bumi. 

Saya berharap rakyat Teluk Intan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapat seorang menteri penuh kerana secara konvensyennya seorang presiden parti komponen yang besar seperti parti GERAKAN akan dilantik sebagai menteri penuh. 

"Dulu dia jadi Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa" kata mereka. Sayugia diingatkan dengan rasa penuh hormat kepada semua Timbalan Menteri, terdapat perbezaan yang ketara antara jawatan menteri & timbalan menteri dari segi kuasa, jurisdiksi & barang harus diingat sebagai seorang menteri, Dato Mah akan berpeluang untuk bersama-sama dengan YAB PM & YAP TPM serta semua ahli kabinet yang lain setiap minggu dalam mesyuarat kabinet. 

Bermakna suara & aspirasi rakyat Teluk Intan boleh disampaikan terus kepada YAB PM, TPN & kabinet pada setiap minggu.

Pengundi-pengundi Teluk Intan juga harus mengambil kira bahawa kemenangan DAP di Teluk Intan mahu pun di Bukit Gelugor tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada senario pemerintahan kerajaan persekutuan.

Malah mereka harus mengambil kira bahawa kalau semasa pru 13 mereka memilih DAP dengan harapan pakatan boleh menubuhkan kerajaan pusat & kerajaan negeri.

Namun hakikatnya pada hari ini adalah kedua-dua kerajaan pusat & negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Maka secara logik & rasionalnya.

Adalah lebih menguntungkan untuk Teluk Intan berada bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memudah carakan lagi proses pembangunan sosioekonomi rakyat Teluk Intan apatah lagi dengan keberangkalian yang begitu besar untuk Dato' Mah dilantik sebagai seorang menteri penuh.

Berfikir & bertindaklah secara rasional pada 31hb mei ini kerana peluang keemasan ini bukan datang setiap masa & ketika. Slogan pakatan dalam PRU yang lalu seolah-olah memakan diri sendiri..... 

Ini kalilah !!!!!


Nukilan:
Bro Shahrul Zaman Yahya
EXCO Belia negeri Perak.

Sabtu, 12 Oktober 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013


Syamsul Baharin Putra ( Putra )
Jawatan sekarang : Ketua Pemuda UMNO Bahagian 
Ipoh Barat (Penyandang), Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat No #01, 
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #02
Serta Ahli Majlis Bandaraya Ipoh

Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat sememangnya terkenal kerana mempunyai kepimpinan dan ahli-ahli pemudanya yang aktif dalam penglibatan pelbagai aktiviti. Maka tidak dinafikan lagi jika kita boleh katakan Pemuda Perak adalah Pemuda Ipoh Barat kerana kebanyakan aktiviti pemuda peringkat negeri Perak kelibatannya adalah majoriti dari kalangan Pemuda UMNO Ipoh Barat. Terdapat juga penglibatan diperingkat kebangsaan iaitu dari badan-badan NGO seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Malaysia, PSSGM, Nadi Rakyat dan Wira Perkasa Malaysia.

Oleh itu kita patut menampilkan calon-calon hasil dari 'kilang' Pemuda UMNO Ipoh Barat ini.  Selain dari PUTRA Berikut adalah antara calon-calon Pemuda UMNO yang berkaliber serta berkarisma tinggi :


Muhamad Iqbal Jamal (Iboy)
Jawatan sekarang : Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Ipoh Barat & Pegawai Khas Kepada Exco Belia dan 
Sukan Negeri Perak D.R.
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat 
No #01


Mua'amar Ghadafi Jamal (Gadap)
Jawatan sekarang : Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Naib Ketua Pemuda Ipoh Barat (berpindah ke Bahagian Parit Buntar), Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri Malaysia
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #48


Kepada Semua para perwakilan, Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ahli Jawatankuasa serta lain-lain yang berkenaan diharapkan dapatlah memilih dan mengundi pemimpin yang 100% boleh memberi komitmen, rajin, serius bekerja, bertanggungjawab dan bijak. Demi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair.


Selamat BERSIDANG Semua Perwakilan...!!
UMNO Tatap Dulu, Kini Dan Selamanya..

Jumaat, 7 Jun 2013

PANAS BERAPI!! PEMIMPIN PR @Fuziah99 LEBIH BIJAK DARI JURUTERA JAMBATAN??

PANAS BERAPI!! PEMIMPIN PR @Fuziah99 LEBIH BIJAK DARI JURUTERA JAMBATAN??



Belum apa-apa si Fuziah ni nak tuduh-tuduh. You lagi tahu dari Lim Hock Seng ke? State executive councillor Lim Hock Seng said the cause of the collapse had yet to be determined. "We cannot confirm the cause of the accident," he said, adding that a full investigation would be carried out.

Dah belajar pasal pembinaan dan kejuruteraan ke? Hari tu jangan lupa Fuziah, you nak tunjukkan pandai sangat sampai tak tahu nak bezakan antara loji nuklear dan kilang Lynas. Last-last malu kena sindir dengan Pakar Nuklear Pas. Cuba bawa bertenang, biarlah pakar siasat dulu sebelum suka-suka tuduh kontraktor. 

Kredit To Tun Faisal

Pssstt... AKJr : Cik Kak oiii.. Kalo ye pun tunggu la hasil dari siasatan yang dilakukan dulu.. Jgn sedap mulut kamu je nak tuduh UMNO punya salah.. Apa punya Bingai la PR dapat pemimpin jenis macam ni!!

Khamis, 23 Mei 2013

Wajib Baca! Pemimpin Tinggi DAP Sahkan #GST Tak Akan Membebankan Rakyat.

WAJIB BACA!! Pemimpin Tinggi DAP Sahkan #GST Tak Akan Membebankan Rakyat..


 
Sebelum itu, Kita tengok dan baca yang ini dulu sampai bawah..











































Cuba tengok apa yang dipaparkan di blog salah seorang pemimpin tinggi DAP
Kalau tak percaya boleh tengok keseluruhan penerangan mengenai GST yang ada di blog Ngeh Koo Ham.

Masih tak percaya? Boleh semak sendiri di sini : http://ngehkooham.blogspot.com/2010/03/kesan-gst.html

Psssttt... AKJr : *Mohon rakan-rakan sebarkan slaid ini melalui blog, facebook dan twitter supaya rakyat lebih faham mengenai GST. Terima kasih kepada Ngeh Koo Ham kerana berani menyatakan kebenaran.