SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label JOM BACA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOM BACA. Papar semua catatan

Isnin, 17 Jun 2013

JOM BACA!! Kita terus dihina sebab penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan??

JOM BACA!! Kita terus dihina sebab penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan??


Bagaikan putaran roda terhadap penghinaan ke atas orang Melayu yang juga beragama Islam. Entah mengapa lepas satu demi satu isu penghinaan ke atas bangsa Melayu. Belum lagi selesai isu penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong, timbul kembali isu lagu Negaraku dihina.

Percayalah, selepas ini berlegar semula mengenai penghinaan ke atas bendera Jalur Gemilang. Selepas itu putaran kembali kepada penghinaan ke atas kalimah Allah, Nabi Muhammad SAW, agama Islam dihina, dan al-Quran.

Kita jangan berasa pelik apabila mendengar kembali kedudukan orang Melayu digugat, Perlembagaan diperkotak-katikkan, undang-undang tidak dihormati, apatah lagi kritikan dan penghinaan terhadap pasukan Polis Di-Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang majoriti anggotanya ialah orang Melayu dan Islam.

Lazimnya, setiap kali berlaku penghinaan maka ia diikuti berbagai-bagai bantahan. Kita juga akan mendengar pelbagai amaran diberi oleh pihak berkuasa. Bermacam-macam bentuk kemarahan ditunjukkan oleh orang Melayu melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Selepas itu apa tindakannya? Tidak ada?

Sebab itu, banyak orang berkata, buatlah banyak mana perhimpunan dan demonstrasi besar-besaran, namun sedikit pun tindakan itu tidak akan menggerunkan penghina-penghina yang mengaku warga Malaysia itu.

Saya yakin mereka akan terus menghina Institusi Raja Melayu, agama Islam dan orang Melayu.

Sebab utama perkara ini terus berlaku, kita pun sudah tahu. Boleh dikatakan tiada tindakan dan hukuman tegas pernah dikenakan ke atas pelaku kesalahan termasuk menghina perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Dalam sesuatu isu penghinaan, kita boleh baca beratus-ratus laporan polis dibuat di seluruh negara. Tapi apa yang berlaku kesudahannya? Adakah penghina ditangkap dan didakwa di mahkamah? Atau kita ada mendengar hukuman berat telah dijatuhkan kepada penghina terbabit? Mungkin ada, tapi kadang-kadang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa yang berkenaan kena buktikan mereka peka dengan suara dan harapan orang Melayu!

Ambillah tindakan berani dan drastik dengan menangkap individu yang terlibat, jangan nanti orang Melayu sendiri jatuhkan hukuman akibat hilang sabar. Sampai bila orang Melayu dan umat Islam diminta terus bersabar.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, penghina-penghina orang Melayu, institusi raja dan agama Islam dikatakan sudah berjaya dikesan tetapi mana batang hidung mereka. Jika mereka disiasat, tunjukkan kepada umum supaya wajah mereka dikenali oleh orang Melayu. Melalui cara ini, mereka tidak akan berani untuk tunjuk besar kepala selepas ini.

Orang Melayu sudah bosan dan jemu dengan kenyataan amaran demi amaran yang diberi. Kita tak mahu lagi bantahan demi bantahan dalam demonstrasi sekadar menuntut penghina menarik balik kata-kata dan memohon maaf sahaja.

Kini zaman amaran dan bantahan sudah berlalu kerana tidak menunjukkan kesan diharapkan. Inilah masa untuk mengajar penghina berkenaan berasa bersalah dan insaf? Jika tidak suka undang-undang Malaysia, mereka boleh cari negara lain.

Sedih juga bila mengenang semasa wujud Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak ada tindakan tegas terhadap penghina. Penggunaan undang-undang di bawah Akta Hasutan pula jarang-jarang sekali digunakan.


Yang ada hanya kata-kata gertak. Siapa nak takut kalau berpuluh-puluh kali kata-kata gertak dikeluarkan tapi tindakan tegas tidak juga dilaksanakan.

Dasar pihak berkuasa kita mungkin atas arahan penguasa politik atasan - lazimnya mengambil langkah berlembut dengan harapan penghina akan insaf. Terbukti sudah, dasar sebegini tidak berkesan malah menyebabkan keadaan semakin teruk jadinya.

Untuk mengajar dan mendidik warga Malaysia sekarang, mungkin tindakan undang-undang tegas perlu dikuatkuasakan.

Percayalah selagi tidak ada undang-undang dan hukuman tegas dikenakan kepada penghina, maka mungkin bentuk penghinaan yang lebih dahsyat akan berlaku pada masa depan.

Setakat ini, penulis blog, facebook, twitter yang hina orang Melayu dan agama Islam hanya menyatakan mohon maaf. Cukupkah setakat itu sahaja?

Pihak berkuasa Malaysia patut contohi negara-negara Islam lain. Misalnya dalam satu kes di Kuwait pada 8 Mac lalu, mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang aktivis selepas didapati bersalah menghina Amir Kuwait selain menyeru perhimpunan antikerajaan dan menyebarkan berita palsu menerusi akaun twitternya.

Di Mesir pada 2 Jun lalu pula, sebuah mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.

Benarkah tahap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia kurang berkesan kerana kita mahu menjaga hati kaum dan penganut agama lain? Baik sangatkah mereka kepada umat Islam?

Ahad, 16 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Siapa Dalang 13 Mei?? Bukan DAP??? Bistu Siapa?? Melayu?? Baca Kat bawah ni..

PANAS BERAPI!! Siapa Dalang 13 Mei?? Bukan DAP??? Bistu Siapa?? Melayu?? Baca Kat bawah ni..


Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat Penggal 12 baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sebati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu", Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita? Terpulang kepada kita ...

Khamis, 23 Mei 2013

JOM BACA!! EKSKLUSIF.. Sandiwara PAS Untuk Guling Kerajaan???

JOM BACA!! EKSKLUSIF.. Sandiwara PAS Untuk Guling Kerajaan???


Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.

Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.

Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.

Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta.

Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.


Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu?

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS.


Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.


Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya.