SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 5 Januari 2014

PANAS TERIK!! "RAMPAS KITAB BIBLE DISOKONG" - Persatuan Ulama Malaysia-

PANAS TERIK!! "RAMPAS KITAB BIBLE DISOKONG" - Persatuan Ulama Malaysia 



Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyita lebih 300 nashkah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dan membuat serbuan ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia pada Khamis memang di bawah bidang kuasa perundangan jabatan itu.

Menurut Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir JAIS mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan di Damansara Kim, Petaling Jaya itu dan tiada pihak perlu mempertikaikannnya.

“Itu memang bidang kuasa dia, dia boleh serbu dan dia boleh rampas. JAKIM sendiri pun tidak ada kuasa sebegitu. Memang itu tanggungjawab JAIS, tiada pertikaian lagi,” tegas beliau sambil menyatakan sokongan PUM terhadap tindakan JAIS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Exco Agama Negeri Selangor, Sallehan Mukhyi bahawa kerajaan negeri itu tidak dimaklumkan berkenaan serbuan itu.

Menurut beliau isu itu tidak wajar dibangkitkan oleh Sallehan memandangkan struktur organisasi JAIS tidak terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya melapor terus kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penguatkuasa JAIS pada Khamis bertindak merampas 321 nashkah Bible berkenaan, manakala pengerusi dan pengurus pejabat persatuan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk diambil keterangan.

Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam naskah Bible Bahasa Melayu dan Iban yang diimport dari Indonesia oleh persatuan itu.

Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad minggu lalu berkata JAIS akan menghantar surat kepada semua gereja di Selangor untuk mengingatkan mereka agar mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah.

Enakmen 1988 yang menyentuh mengenai Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, juga melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.

1 ulasan:

  1. Ya Allah peliharakanlah saudaraku Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam tugas dan tanggungjawabnya dalam menegakkan ugama islam ini.

    BalasPadam