SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 21 Julai 2012

TAK DAPAT FITNAH PM, DIA BALUN KHALID GAGAP PULAK!!!


Mungkin inilah sebab kenapa Rafizi Jambu Si Kaki Fitnah tu letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Punai-Sihat Ekor-No-Money Selangor kot.

Kalau dia masih lagi memegang jawatan tersebut, mana mungkin dia dapat nak balun Si Khalid Gagap tu secara terang - terangan. Sekarang dia boleh la buat.

Kalau sebelum ni, Si Rafizi Jambu tu nak tuduh PM masuk campur dalam projek LRT Ampang yang kononnya diberikan kepada syarikat kroni tanpa tender terbuka.

Tapi, syarikat yang dikaitakn dengan projek tu semalam dah menafikan perkara tersebut. Malah, kata Pengerusi George Kent Bhd, diorang pun belum pasti lagi.

Projek tu sekarang ni masih lagi dalam proses penilaian dan tidak ada lagi syarikat yang dianugerahkan tender bagi projek tersebut.

Sekarang, Si Rafizi Jambu tu tampil dan mendedahkan yang Kerajaan PKR Selangor tak ambik tau lansung pasal jajaran tambahan LRT Kelana Jaya.
"Saya telah turut sama mengkaji proses rundingan yang berlaku di antara Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah dan Prasarana mengenai bantahan penduduk mengenai jajaran laluan tambahan sistem LRT Kelana Jaya.

"Pelbagai bantahan penduduk yang disokong oleh pendapat pakar tidak dihiraukan hingga kini, walaupun kajian trafik oleh kerajaan Selangor menunjukkan ada jajaran laluan alternatif yang lebih baik dan selamat," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Rafizi ni tuduh Kerajaan pimpinan Khalid Gagap tu lansung tak dengar suara rakyat dan hanya meminggirkan bantahan yang dibuat sebelum ini.

Tapi, apa nak heran ye tak. Sedangkan projek yang melibatkan padang PKNS kat Kelana Jaya tu pun Si Khalid Gagap tu boleh buat - buat buta, inikan pulak projek LRT ni.

Lagi la dia boleh buat - buat tak taunya. Mungkin sebab dia pun ada komisyen jugak dalam projek tu. Siapa tau ye tak. Si Rafizi Jambu tu tak nak siasat pulak ke?

Nampak sangat la yang Kerajaan PKR Selangor ni memang jenis tak hirau lansung dengan suara rakyat. Bukan setakat rakyat je diorang buat tak tau. Malah ahli parti sendiri pun turut tidak dihiraukan. Yang kita bukan ahli ni, lagi la diorang buat tak tau!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan