SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 26 Julai 2012


Lupakan Ideologi Politik, Bersatulah Dengan Semangat Persaudaraan Kukuh – Sultan Selangor

PUCHONG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu rakyat Selangor terutamanya umat Islam melupakan ideologi dan fahaman politik, sebaliknya bersatu padu dengan semangat persaudaraan kukuh sempena Ramadan ini.
Baginda bertitah umat Islam perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada amal ibadat dan mengukuhkan perpaduan di antara satu sama lain agar agama Islam dipandang tinggi dan dihormati oleh penganut-penganut agama lain.
Baginda menjelaskan amalan murni yang ditegaskan Islam bertujuan memperoleh faedah dan kebaikan daripada Allah sama ada di dunia atau di akhirat kelak.
“Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan dan suruhan daripada Allah.
“Beta harap kita semua akan dapat menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin,” titah baginda sempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya serta perasmian masjid di Kampung Pulau Meranti.

Baginda juga menyeru semua pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di negeri Selangor supaya mempunyai hati yang bersih serta ikhlas dalam melaksanakan tugas masing-masing untuk memakmurkan masjid dan kepentingan masyarakat serta agama Islam.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada 230 asnaf fakir dan miskin, 125 mualaf dan bantuan Hari Raya kepada 136 anak-anak yatim.
– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan