SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 13 Julai 2012

GEMPAR BERAPI! BUKTI GUAN ENG RACIST YANG TERLAMPAU!


APABILA dikatakan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng adalah seorang yang tebal dengan semangat perkauman atau rasis, pekat dengan sentimen chauvinis kaum Cina dan mirip kepada fahaman komunisme, maka ramailah juak-juak Pakatan Haram yang membelanya.

Kononnya Guan Eng adalah seorang “Khalifah” dan tidak mungkin mempunyai sifat-sifat berkenaan. Malah yang lebih meloyakan, ada di kalangan penyokong-penyokong PAS yang menganggapnya sebagai bayangan Khalifah Umar Abdul Aziz ketika DAP mula merampas Pulau Pinang.

Namun pada Isnin baru-baru ini, Allah sekali lagi membuktikan bahawa memang benar dakwaan yang menyatakan Guan Eng adalah seorang yang mementingkan kaum sendiri dan bersikap “assobiyyah” meskipun dia gagal membangunkan sebuah pelabuhan terkenal di nusantara.

Nama Penang Port bukanlah satu nama kecil di Selat Melaka. Selain dari pelabuhan Melaka, pelabuhan Pulau Pinang adalah antara pelabuhan terpenting di dalam peta geografi Asia Tenggara. Itu fakta.

Namun sejak Guan Eng mentadbir Pulau Pinang, keadaan Penang Port semakin membimbangkan di mana struktur kewangannya mencatatkan kerugian yang agak besar.

Dipercayai ia berpunca dari sabotaj dari Kerajaan pimpinan Guan Eng, termasuk aktiviti pengoperasian haram yang hampir tidak terkawal oleh “tauke-tauke” Cina yang menyokong dan dipercayai memberi sumbangan dana besar kepada DAP pada setiap kali pilihanraya di negeri itu.

Justeru itu maka timbullah cadangan untuk menswastakan pelabuhan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan tersebut dan nama ahli perniagaan bumiputera terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari adalah antara nama yang disebut untuk mengambil alih Penang Port.

Mendengar nama Syed Mokhtar yang banyak mengimarahkan Islam dengan hasil perniagaannya di negara ini, dilaporkan bahawa Guan Eng tidak senang duduk dan bimbang sekiranya Penang Port diambil alih oleh tokoh perniagaan dari Kedah itu.

Berkemungkinan dia takut pengambilan Penang Port oleh Syed Mokhtar akan menghentikan dan menjejaskan aktiviti-aktiviti “tauke-tauke” Cina yang menabur dana kepada DAP selama ini, apatah lagi PRU ke-13 semakin dekat.

Maka dia pun menyekat pengambil alihan itu dengan memberi alasan paling tidak profesional, paling bodoh dan sama sekali merugikan jika dilihat dari sudut ekonomi sesebuah syarikat.

Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan