SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 2 Julai 2012

Gambar MB Kelantan Sedang Berdoa Ditunjuk Kepada Abby Abadi Untuk Tarik Simpati ???

Kenapakah gambar sedang berdoa diletak di ruang tamu pejabat MB ? Adakah menunjuk gaya sedang berdoa itu dituntut dalam Islam ? Atau ia satu lagi perbuatan yang cuba dihalalkan demi kepentingan undi dan siyasah PAS. Wallahu A'lam.
Sebelum ini semasa PRU 12 gambar besar Nik Aziz berdoa sememangnya menjadi bahan propaganda PAS Kelantan. Dengan sokongan semakin kurang PAS terdesak sehingga terpaksa menggunakan elemen simpati berasaskan emosi berlatarbelakangkan agama untuk pancing undi. Perkara yang tidak patut dibuat kerana ia boleh menimbulkan perasaan riya di dalam beribadat.
Justeru kita mengharapkan perbuatan yang sebegini tidak diamalkan oleh pemimpin beragama Islam yang lain. Mengelak mudarat lebih utama dari mendapat manfaat. Jangan biarkan amalan hancur kerana perbuatan riya yang jelas adalah syirik (kecil) kepada Allah Taala.
Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan