SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 21 Julai 2012

PANAS : AISHAH KATA HANYA PAS MAMPU MEMPERTAHANKAN ISLAM DI MALAYSIA??


“Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas.”

Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.

Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.

“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.

“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya," katanya.

Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.

"Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam.

"Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.

**hahahahaha..."kerana parti ini mempertahankan agama Islam"...setahu AKjr. PAS hanya pandai menggunakan dan memutarbelit Islam untuk kelirukan rakyat dan bukan mempertahankan Islam...PAS tu hanyalah sebuah parti politik...bukannya agama pun...Agaknya Aishah ni dah terima tiket first class ke suorgaa dari Nik Aziz kot...sebab tu sanggup memperbodohkan diri di pentas politik bagi membalas budi Nik Aziz....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan