SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 30 Julai 2012


CILI KASI TARUK! KAN AKU DAH KATA LAJIM UKIN MEMANG BANGSAT!


Beberapa hari yang lepas blog ini telah mendedahkan bahawa Lajim Ukin akan keluar dari parti UMNO pada 27 Julai dan benda ni betul-betul terjadi.KLIK SINI

So bila dia keluar baru-baru ini, aku tak heran la sebab aku dah memang tau perancangan dia ni, malah ada sekor lagi MP Tuaran pun join dia keluar dari UMNO! Tapi peliknya walau dah keluar dan nak join si Juburi, Lajim U Kincing ni kata dia serahkan pada PM pasal nasib dia sebagai Timbalan Menteri.

Apa benda ni Ukincing oi? Lu sudah keluar dari UMNO dan join AL Juburi lagi mau jadi Timbalan Menteri ka? Aku suka la 2 sampah ni dah keluar dari UMNO! Memang bagus pun. Toksah risau la, orang Sabah tau 2 MP ni memang tak boleh pakai dan mereka jugat hau bahawa kedua mereka ni mata duitan.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh Salleh Said Keruak dibawah ini:



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata Lajim telah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan