SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 3 Julai 2012

KANTOI! Surat Rasmi PAS Terbongkar.


PAS mendakwa peneroka bersama-sama mereka.

PAS mendakwa mereka pejuang kepada peneroka.

Jika benar dakwaan mereka, kenapa perlu ada surat ini?


Kalau nak buat himpunan untuk peneroka menunjukkan tak puas hati mereka kepada FELDA, kenapa perlu PAS mengerahkan ahli mereka untuk berhimpun?

Nampaknya ahli dan penyokong PAS memang suka berhimpun dan berdemonstrasi. Mungkin kerana ada upah yang menanti perserta demonstrasi seperti mana pengakuan Nik Aziz semasa BERSIH 3.0.

Nik Aziz Mengaku Beri Wang Peribadi Kepada Peserta Bersih 3.0

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, Ahad.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah PAS turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Beliau juga menafikan dakwaan penyokong PAS telah bertindak ganas dalam perhimpunan itu dan menyalahkan pihak lain yang memulakan tindakan tersebut sehingga memukul beberapa anggota media dan polis yang bertugas.

"Saya tak hadir (pada perhimpunan haram itu) sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang dan saya yakin orang PAS tak buat perkara itu," katanya yang melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut.

beliau berkata terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu. BERNAMA

Dah gian nak berhimpun agaknya orang-orang PAS ni. Sampaikan hal FELDA pun diorang nak menyebuk.


*Peneroka rilek duduk rumah menikmati durian runtuh, orang PAS yang takde kena mengena pulak nak sibuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan