SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 16 Disember 2013

WAJIB BACA!! [FAKTA] ROSMAH MANSOR MELUAHKAN SELEPAS BELIAU TERUK DIFITNAH..

WAJIB BACA!! [FAKTA] LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Selasa, 10 Disember 2013

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Hairun_own #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur


Pergerakan Pemuda UMNO Perak Lancar OPS Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Banjir 

Pemuda UMNO Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor akan bersama-sama Sukarelawan daripada Yayasan Bina Upaya, Sajak, Mesco, Belia 4B Perak, Waziboys, Ipoh Bikers, Restoran Simpang Tiga dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak. 


Turut serta pada kali ini adalah sukarelawan dari Pemuda Bahagian Ipoh Timor, Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Pemuda Bahagian Gopeng, Pemuda Bahagian Tambun, dan Batu Gajah dengan kekuatan 12buah Kereta 4x4, 4Buah Van dan 2 Buah Lori yang akan bertolak ke Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana dengan memebrikan sumbangan dari segi pakaian, makanan dan kelengkapan hidup disamping membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pejalanan esok akan mengambil selama kira-kira 6jam dan akan bertolak pada jam 7 pagi esok. Skuad akan berkumpul di Ipoh dan akan menyusun semua barangan di Pusat Pengumpulan Rumah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sebelum bertolak ke Pahang bagi Misi Bantuan Kemanusiaan di Negeri Pahang.


Pada kali ini turut bersama-sama adalah dua Pusat Perubatan yang terkenal di Negeri Perak iaitu Pusat Perubatan Universiti Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Ar-Ridzuan yang akan membantu dari segi bantuan pemeriksaan kesihatan dan barangan ubat-ubatan.

Sebarang pertanyaan bagi sesiapa yang ingin melibatkan didalam misi kemanusiaan ini esok tidak kira dari segi fizikal atau apa-apa sumbangan boleh menghubungi saudara Jeffery 0195700066 dan Saudara Salim di talian 0133011030. Sebarang bentuk bantuan kewangan juga boleh disalurkan ke Akaun RHB  20809800035448 di atas nama MESCO.

INFO @ AKjr: TENGKU MAHKOTA PAHANG & TENGKU PUAN PAHANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR..

INFO @ AKjr: TENGKU MAHKOTA PAHANG & TENGKU PUAN PAHANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR..



"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu ungkapan yang sangat indah bagi menggambarkan betapa kita orang-orang Melayu bertuah kerana mempunyai Raja-Raja Melayu yang tidak menjadikan "DARJAT" sebagai penghalang kepada mereka untuk mendekati dan bersama membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk turut serta dalam usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.


Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang sendiri sebagai contoh, langsung tidak berasa kekok untuk turut serta. Tengku Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri mereka kerana bagi mereka rakyat adalah sebahagian dari hidup mereka.




Gambar-gambar yang diambil bukanlah dilakonkan atau diedit tetapi adalah gambaran sebenar kejadian dan gambar sebenar kehidupan seorang Anak Raja yang selama ini menjadi bahan hinaan Cina-Cina DAp yang kurang ajar.

Bangsa melayu sendiri hari ini terpengaruh dengan "MISI-MISI GELAP" pembangkang yang mahu menjatuhkan Institusi Raja Melayu yang mereka tahu selagi ianya tegak berdiri selagi itulah mereka tidak akan dapat merampas negara ini dari tangan Orang Melayu.

Mereka menjadikan hak Raja-Raja itu sebagai bahan fitnah meraka untuk memberi kepada rakyat khususnya Bangsa Melayu yang Raja-Raja Melayu ini membazir dan bermewah-mewahan menghisap darah dan titik peluh rakyat.

Biar apapun kata mereka, biar apapun fitnah mereka, biar apapun rancangan mereka, kita sebagai Orang Melayu, Bangsa Melayu Beragama Islam tetap akan akan mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.



Biar Hancur Badan Dikandung Tanah, Mengundur Pantang Sebelum Ajal Menjemput!!

Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! 
Daulat Tuanku!!

Isnin, 9 Disember 2013

PANAS TERIK!! Jom tonton [Video] & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura..

PANAS TERIK!! Jom tonton [Video] & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura.. 


Melihat insiden yang berlaku di Singapura semalam, terbukti jiran negara kita ini hanya pandai bercakap dan mencari keburukkan negara lain, walhal bila rusuhan berlaku di negara sendiri, mereka gagal untuk bertindak dengan baik malah lebih teruk dari negara yang mereka selalu tuduh iaitu Malaysia.

Kita bukan nak dengki atau mencari kesalahan pihak luar tapi sebagai contoh masa berlakunya demonstrasi Bersih di Malaysia, pihak media Singapura sedaya upaya "Spin" berita mengenai bersih seolah olah kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi.

Tapi bila lihat dengan apa yang berlaku di Singapura semalam, ternyata mereka lebih teruk dari Malaysia..

Tak dak lah aman sangat Singapura nie, bas langgar mati seorang rakyat asing pun dah jadi rusuhan. Maknanya polis Singapura lambat bertindaklah.




Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di bawah mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.

Video 'close-up' berkenaan dirakam oleh Berlinda dan pertama kali disiarkan oleh sebuah laman Facebook, theonlinecitizen, di sini



Berikut adalah gambar-gambar rusuhan di tempat berkenaan.















Khamis, 28 November 2013

INFO @ AKJr : Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lantik 10 lagi EXCO

INFO @ AKJr : Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lantik 10 lagi EXCO


Khairy Jamaluddin (duduk, dua dari kanan) mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Exco Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Khairul Azwan Harun (duduk, tiga dari kiri)

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Pemuda UMNO melantik 10 lagi Exco termasuk dua profesional muda berusia sekitar 20-an sebagai tambahan kepada 20 Exco yang memenangi pemilihan sayap itu bulan lalu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang mengumumkan senarai kepemimpinan pergerakan itu berkata, dua profesional tersebut ialah Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Hussin.

Selain itu, beliau juga mengumumkan pembahagian portfolio melibatkan 27 biro dalam sayap berkenaan bagi penggal 2013 - 2016 dan lantikan Ketua serta Timbalan Ketua Pemuda UMNO setiap negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dilantik mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Pergerakan Pemuda UMNO manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar sebagai Ketua Penerangan sayap tersebut.

Dua biro baharu diwujudkan iaitu Biro Perkaderan Politik dan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup manakala Biro Hal Ehwal Bandar dinamakan semula sebagai Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan.

Menurut Khairy, setiap biro di bawah Pemuda UMNO dikehendaki melantik seorang mahasiswa dan seorang profesional muda dalam barisan ahli jawatankuasanya.

Selain itu, jelas beliau, setiap biro perlu mematuhi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan sebagai penanda aras pencapaian mereka setiap tahun.

"Melalui kaedah itu, kita percaya Pemuda UMNO akan melakukan yang terbaik untuk mendekati pengundi muda, sekali gus mendapatkan sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Exco Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Khairy berharap, perwakilan Pemuda UMNO akan memainkan peranan sebagai suara generasi muda pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.

"Saya sendiri akan membangkitkan isu-isu berkaitan generasi muda, selain tentang agama dan bangsa," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, Pemuda UMNO akan memantapkan lagi proses pengkaderan menerusi penubuhan sebuah institusi yang bakal dinamakan sebagai Akademi Kepimpinan Kapten Hussein Onn.

Menurutnya, hasrat untuk mewujudkan institusi tersebut secara dasarnya dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, proses pengkaderan Pemuda UMNO akan memberi tumpuan khusus kepada latihan pemimpin pelapis dalam kalangan ahli sayap berkenaan, mahasiswa dan profesional muda.

"Kualiti latihan yang disediakan akademi itu boleh diibaratkan seperti yang terdapat dalam maktab pegawai tentera. Kita akan pilih yang terbaik untuk menyertainya," katanya.

Sumber

Rabu, 27 November 2013

INFO @ AKjr: @KhairyKJ UMUM PERLANTIKAN BARISAN EXCO & BIRO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013 - 2016.

INFO @ AKjr: KJ UMUM PERLANTIKAN BARISAN EXCO & BIRO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013 - 2016.


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini mengumumkan pelantikan 10 ahli exco baharu sayap parti itu bagi penggal 2013 - 2016.

Pelantikan dibuat daripada calon-calon yang telah dipilih pada Pemilihan Pemuda UMNO bulan lalu.

Beliau mengumumkan demikian ketika mesyuarat pertama Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini petang ini.

Turut diumumkan adalah pelantikan pengerusi biro-biro pergerakan berkenaan dan Ketua-ketua serta Naib Pemuda UMNO negeri.

Berikut senarai penuh Exco Pemuda yang baharu, pegawai-pegawai dan pengerusi biro-biro :-

Ketua Pemuda – YB KJ

Naib Ketua Pemuda – KHAIRUL AZWAN HARUN (WANBRO)


Penolong Setiausaha – DATUK MOHAMAD SAFRI AB. AZIZ


Penolong Bendahari – ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN


Ketua Penerangan – JAMAWI JAAFAR


Exco Lantikan – KAMAROL SALLEH


Exco Lantikan – SHEIKH AHMAD NAFIQ SHEIKH A. RAHMAN


Exco Lantikan – AZMIR YUZAIMI MOHD. YUNUS


Exco Lantikan – SHAHRIL SUFFIAN HAMDAN


Exco Lantikan – AR RAHMAN HUSSIN


Setiausaha Kerja Pemuda UMNO – MOHD. LASSIM BURHAN


Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional – ZAIDEL BAHARUDDIN


Biro Jawatankuasa Pengurusan – KHAIRUL AZWAN HARUN


Biro Penerangan – JAMAWI JAAFAR


Biro Pendidikan Tinggi – FATHUL BARI MAT JAHYA


Biro Pendidikan Politik dan Pidato – ARMIZAN MOHD. ALI


Biro BN dan 1Malaysia – MOHD. NAJIB MOHD. ISA


Biro Pendidikan Luar Negara – ONN HAFIZ GHAZI


Biro Keselamatan Awam – MUAMMAR GHADAFFI JAMAL JAMALUDIN


Biru Hal Ehwal Bandar dan Perumahan – NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN


Biro Hubungan NGO – KHAIRUL FIRDAUS KHAN AKHBAR KHAN


Biro Pertanian dan Asas Tani – JEFFRI SALIM


Biro Perkadiran Politik – TENGKU ZUHRI TENGKU AZIZ


Biro Pekerja Muda – DAZMA SHAH DAUT @ DAUD


Biro Tugas Khas – SYAMSUL BAHARIN PUTRA AHMAD SHIBI


Biro Sukan – YUSMIZAN MD. YUNUS


Biro Antarabangsa – DATUK MOHAMED HAZALI ABU HASSAN


Biro Soal Etika – MOHD. ISKANDAR JAAFAR


Biro Kesatri Pemuda – ARMAN AZHA ABU HANIFAH


Biro Hal Ehwal Luar Bandar – ANUAR ABU MANAP


Biro Pelajaran – MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN


Biro Media Baru – IBDILILLAH ISHAK


Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – AZLAN ABDULLAH


Biro Agama – AZMIR YUZAIMI MOHD. YUNOS


Biro Aduan Komuniti – SHEIKH AHMAD NAFIQ SHEOKH A RAHMAN


Biro Keahlian dan Daftar Pemilih – KAMAROL SALLEH


Biro Professional Muda – SHAHRIL HAMDAN


Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup – MOHD. AR RAHMAN HUSSIN

Selasa, 26 November 2013

INFO @ AKJr : PERAK EXTREME JAM 2013!!

INFO @ AKJr : PERAK EXTREME JAM 2013!! 

PERAK EXTREME JAM 2013

Perak Extreme Jam 2013 


Akan diadakan pada 13, 14 & 15 Disember 2013 Bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak ( Berhampiran Stadium Perak ) Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan

SKATEBOARD

AGGRESSIVE INLINE SKATE

BMX FLATLAND

LOCAL BAND PERFORMANCE

Moh kome kita beramai-ramai melihat aksi-aksi terhebat dari rakan-rakan belia kita dari dalam Negara bersama peserta dari Jepun, Thailand, Singapura & Indonesia ..

Sokongan Penuh dari Kerajaan Negeri Perak D.R.

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN



Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum yang melantik dirinya sendiri dalam parti PKR.

Gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

Kini parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana sudah muak dengan lakonan parti anak beranak itu.

Mereka yang keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Sebelum ini dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Difahamkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

Ahad, 24 November 2013

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!



Seperti dijangka, perwakilan Pas tetap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua berturut turut selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.

Nampaknya Para perwakilan Pas tetap mahukan seorang yang bukan dari kalangan ulamak untuk mengisi kerusi no 2 dalam Pas..

Keputusan Pemilihan PAS 2014;

Presiden : Hadi Awang


Timbalan Presiden : Mat Sabu

Naib Presiden : Keputusan akan diumumkan esok
[apakah sedang berlaku 'jual beli?']


AJK PAS Pusat;

1. Ustaz Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai
4. Amiruddin Hamzah Kedah
5. Dr Hatta Ramli
6. Ustaz Nasruddin Hassan
7. Nik Abduh anak Nik Ajis
8. Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkifly Ahmad
10. Hanipa Maidin
11. Datuk Kamaruddin Jaafar
12. Nik Zawawi Salleh
13. Khalid Samad @ Khalid Gereja
14. Dr Syed Azman
15. Dr Ridhuan Md Nor
16. Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah
18. Ustazah Nuridah Salleh

Sabtu, 23 November 2013

PANAS TERIK!! PAS LIBERAL MENGUASAI HARI INI, BUKANLAH PAS YANG DAHULU..

PANAS TERIK!! PAS LIBERAL MENGUASAI HARI INI, BUKANLAH PAS YANG DAHULU..


Kemenangan Suhaizan Kaiat menerajui Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baharu menimbulkan satu persoalan adakah ini permulaan kem BUKAN pro ulama (LIBERAL) mula bertapak dalam dewan itu ?

Suhaizan mendapat 320 undi menewaskan pencabarnya, dari kem pro ulama, Kamarulzaman Muhammad yang mendapat 307 undi.

Manakala Zulhazmi Sharif yang juga dari kem bukan pro ulama hanya mendapat 7 undi.

Namun untuk jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda kedua-dua jawatan itu dimenangi oleh kem pro ulama.

Muhammad Khalil Abdul Hadi mendapat 355 undi menewaskan pencabarnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda.

Manakala Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin mendapat 411 undi menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi untuk jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

PENGERUSI TETAP: Ustaz Kamal Syaari

TIMB PENGERUSI TETAP:Dr Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua Pemuda : Muhamad Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Pemuda : Ir Khairil Nizam Khirudin

Ahli jawatankuasa kerja:

1. Syed Abdul Kadir Al-Jofree
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden
3. Ahmad Fadhli Syaari
4. Syahir Sulaiman
5. Abang Ahmad Kerdee
6. Zaharudin Muhamad
7. Ahmad Yahya
8. Wan Faizul Wan Salleh
9. Fadhli Ghani
10. Zawawi Hassan
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff
12. Sani Hamzan


Sementara itu, kem bukan pro ulama yang sudah bertapak dalam Dewan Muslimah PAS sejak dari tahun 2011 mengekalkan penguasaan dalam dewan itu apabila berjaya memenangi ketiga-tiga jawatan tertinggi.

Siti Zailah Mohd Yusof mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Muslimat dengan mendapat 468 undi menewaskan pencabarnya, Nuridah Salleh yang mendapat 189 undi.

Dr Siti Mariah Mahmud mempertahankan jawatannya dengan mendapat 429 undi, menewaskan pencabarnya Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 229 undi.

Begitu juga, Mumtaz Mohd Nawi berjaya mengekalkan jawatan Naib Ketua dengan mmendapat 457 undi berbanding dengan pencabarnya, Dr Rosni Adam sekadar memperoleh 201 undi.


Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap: Nor Azlin Md Samsudin

Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof

Timbalan Ketua: Dr Siti Mariah Mahmud

Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi

Ahli jawatankuasa kerja:

1. Dr Halimah Ali
2. Aiman Athirah Sabu
3. Khairiah Mohamed
4. Normala Sudirman
5. Dr Asiah Ali
6. Aida Yusof Rawa
7. Wan Ubaidah Omar
8. Mastura Mohamad
9. Datuk Siti Aishah Ghazali
10. Azizah khatib Mat
11. Wan Hasrina Wan Hussain
12. Kartini Ahmad


Kemenangan kem BUKAN pro ulama menguasai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah hari ini menimbulkan satu persoalan baharu, adakah ini merupakan signal yang diberikan perwakilan PAS bahawa Mohamad Sabu juga bakal mengekalkan kemenangannya sebagai jawatan Timbalan Presiden parti itu?

INFO @ AKjr : Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

INFO @ AKjr : Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - TMI

Sabtu, 2 November 2013

PANAS BERAPI!! [VIDEO] Bukti Calon PAS #PRKSgLimau Proksi Phahrolrazi Musuh Ustaz Azizan??? #BeraniHijrah

PANAS BERAPI!!  [VIDEO] Bukti Calon PAS #PRKSgLimau Proksi Phahrolrazi Musuh Ustaz Azizan??? #BeraniHijrah






Sudah terang lagi bersuluh!!! Inilah matlamat sebenar kenapa calon Pas, Mohd Azam beria-ia ingin memenangi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau. Semua ini telah dirancang oleh Phahrolrazi demi untuk mengukuhkan lagi penguasaan beliau dalam Pas Kedah. Semua sedia maklum bagaimana rapatnya hubungan Mohd Azam dengan Phahrolrazi kerana mereka adalah dua sepulu sedangkan dengan arwah Ustaz Azizan beliau hanya bau-bau bachang sahaja.

Dalam video ini jelas menunjukkan bukti perbualan Phahrolrazi seperti mengarahkan kepada seseorang agar mensabotaj Ustaz Azizan semasa PRU13 lalu. Ustaz Azizan memang mahu dijadikan calon Sungai Limau tetapi Pas mahu Ustaz Azizan kalah dan dimalukan agar membolehkan seseorang lain yang juga dalam kem Phahrolrazi menjadi exco.


saksikanlah video di atas sepenuhnya...

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!



Memang senang untuk bercakap apa sahaja, terutamanya apabila orang yang disebut-sebut itu sudah meninggal dunia. Kami pun boleh mengaku anak saudara Ustaz Azizan dan beliau mewasiatkan agar mengundi BN sejurus sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. 

Agak-agaknya kalau ada penyokong BN yang berkata begitu, apa reaksi PAS? Sudah tentu PAS akan halakan 1001 peluru fitnah dan tohmahan ke kepala individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan kami pasti ianya tidak akan berhenti sehinggalah individu tersebut lemah dan akur untuk membuat kenyataan media bersama PAS bagi menafikannya dan menuduh kembali BN sebagai dalang. Tipikal.

Begitu jugalah dengan calon PAS kali ini. Bukannya susah sangat hendak buktikan yang anda benar-benar mempunyai pertalian darah atau pernah berguru dengan Arwah bukan? Kalau tidak dapat buktikan dengan dokumen keluarga yang sah, cuba tampilkan walau sekeping gambar peribadi yang anda pernah bersama dengan Arwah Ust. Azizan? Tidak susah bukan kalau apa yang didakwa itu benar.

Dan pastinya anda juga tidak mempunyai masalah untuk menjelaskan kenyataan anak didik Imam Syiah se-Malaysia iaitu Mat Sabu yang mencerca Arwah Us Azizan bukan?


Jumaat, 25 Oktober 2013

INFO @ AKjr : KENYATAAN AKHBAR KP UMNO IPOH BARAT @putra2388 TERHADAP @n_izzah

INFO @ AKjr : KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMUDA UMNO IPOH BARAT @putra2388 TERHADAP @n_izzah




Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat menentang sekeras-kerasnya kenyataan Nurul Izzah yang secara terang terangan menyokong Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang mendesak Kerajaan Malaysia menerima cadangan mereka membenarkan setiap warganegara bebas memilih agama termasuk hak utk Murtad (Keluar agama islam) LGBT dan sekali gus menghapuskan seksyen 377A kanun keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat. Perkara ini akan merosakkan
Akhlak dan Moral umat islam lagi-lagi golongan muda yg masih mentah dan kecenderungan mereka mengikut budaya barat. Ini merupakan salah satu cara mereka untuk menggoyahkan Aqidah dan keharmonian umat Islam Malaysia.


Islam adalah agama rasmi Malaysia dan aktiviti LGBT ini bertentangan dengan ajaran Islam. Kita tidak mahu negara Malaysia dilaknati Allah swt. kerana menghalalkan LGBT. Malahan di zaman dahulu kaum Nabi Lut telah dilaknati kerana amalan tersebut dan kaumnya dibinasakan. 'Nauzubillah himinzalik'.
Saya mengharapkan agar pekara ini dapat dibendung dan pihak berwajib memberikan keutamaan keatas isu ini. Nurul izzah kononnya seorang pemimpin yang disanjungi oleh penyokong pakatan rakyat dan seorang beragama Islam tidak sepatutnya menyokong perkara ini.

Persoalan untuk Nurul Izzah:

Adakah beliau mengeluarkan kenyataan ini atas pendirian sendiri atau hanya ingin memuaskan hati pemimpin dan penyokong pakatan rakyat. Jika ianya atas pendirian sendiri, beliau harus meminta maaf secara terbuka kepada seluruh
rakyat Malaysia yang beragama Islam dan jika tidak saya harap beliau Musahabah diri dan kembali mengikut ajaran Islam yang sebenar berlandaskan AlQuran dan Hadis. Wallahhuallam.
Kami Pemuda UMNO akan terus mempertahankan Perlembangaan Negara, Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia yg tercinta. Ingat Agama Rasmi Malaysia mengikut perlembagaan adalah Agama Islam.


Sekian.

*Kenyataan Akhbar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh barat merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi Terhadap kenyataan Nurul Izzah.

Sabtu, 19 Oktober 2013

INFO @ AKjr: ALHAMDULILLAH ! PENERBIT FILEM HINA NABI MUHAMMAD S.A.W PELUK ISLAM KINI SEDANG TUNAI HAJI !!

INFO @ AKjr: ALHAMDULILLAH ! PENERBIT FILEM HINA NABI MUHAMMAD S.A.W PELUK ISLAM KINI SEDANG TUNAI HAJI !!



Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira
setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - Bernama

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj

PANAS TERIK!! Isu CEC - @KhairyKJ Belasah Guan Eng #Khairykj





Selepas kenyataannya disalah ertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH


Sabtu, 12 Oktober 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013

INFO @ AKjr : PEMUDA UMNO IPOH BARAT MELAHIRKAN CALON - CALON PEMIMPIN YANG MANTAP BAGI PEMILIHAN UMNO 2013


Syamsul Baharin Putra ( Putra )
Jawatan sekarang : Ketua Pemuda UMNO Bahagian 
Ipoh Barat (Penyandang), Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat No #01, 
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #02
Serta Ahli Majlis Bandaraya Ipoh

Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat sememangnya terkenal kerana mempunyai kepimpinan dan ahli-ahli pemudanya yang aktif dalam penglibatan pelbagai aktiviti. Maka tidak dinafikan lagi jika kita boleh katakan Pemuda Perak adalah Pemuda Ipoh Barat kerana kebanyakan aktiviti pemuda peringkat negeri Perak kelibatannya adalah majoriti dari kalangan Pemuda UMNO Ipoh Barat. Terdapat juga penglibatan diperingkat kebangsaan iaitu dari badan-badan NGO seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Malaysia, PSSGM, Nadi Rakyat dan Wira Perkasa Malaysia.

Oleh itu kita patut menampilkan calon-calon hasil dari 'kilang' Pemuda UMNO Ipoh Barat ini.  Selain dari PUTRA Berikut adalah antara calon-calon Pemuda UMNO yang berkaliber serta berkarisma tinggi :


Muhamad Iqbal Jamal (Iboy)
Jawatan sekarang : Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Ipoh Barat & Pegawai Khas Kepada Exco Belia dan 
Sukan Negeri Perak D.R.
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat 
No #01


Mua'amar Ghadafi Jamal (Gadap)
Jawatan sekarang : Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Naib Ketua Pemuda Ipoh Barat (berpindah ke Bahagian Parit Buntar), Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri Malaysia
Calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia No #48


Kepada Semua para perwakilan, Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ahli Jawatankuasa serta lain-lain yang berkenaan diharapkan dapatlah memilih dan mengundi pemimpin yang 100% boleh memberi komitmen, rajin, serius bekerja, bertanggungjawab dan bijak. Demi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair.


Selamat BERSIDANG Semua Perwakilan...!!
UMNO Tatap Dulu, Kini Dan Selamanya..

Isnin, 30 September 2013

Eksklusif @ AKjr : 'Kerja saya dalam Pemuda belum selesai' @khairykj


                                     'Kerja saya dalam Pemuda  belum selesai'
                                                             Khairy Jamaluddin
Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan 12 Oktober ini juga menarik perhatian ramai kerana penyertaan begitu ramai calon. Selain Khairy Jamaluddin, yang akan mempertahankan jawatan, ada empat lagi mendaftar sebagai calon, Sabtu minggu lalu. Mereka terdiri daripada Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar. Bagi Khairy, soal sesiapa juga yang bertanding tidak mendatangkan masalah kepadanya, lagipun beliau antara pemimpin yang menyokong pindaan Perlembagaan UMNO yang membolehkan ahli bertanding atas semangat keterbukaan dalam parti. 

Dalam temubual baru-baru ini, Khairy membuat perbandingan mengenai zaman beliau bertanding ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan secara bersendirian sekarang. Ikuti temubual wartawan BH, Razak Rashid Ghows dengan beliau. 
Wartawan: Kenapa saudara menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak bertanding jawatan lebih tinggi? 

Khairy:
 Saya melihat kerja saya dalam Pemuda UMNO masih lagi belum selesai. Saya sudah meletakkan fasa pertama ketika menjadi Ketua Pemuda di mana kita beri tumpuan kepada langkah menstrukturkan semula Pemuda UMNO. Tujuannya bagi menjadikan Pemuda badan yang fokus kepada masalah orang muda dan penyelesaian seperti isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, iaitu lebih berorientasikan isu berbanding dulu. Sebelum ini ia lebih retorik politik, sekarang lebih kepada penyelesaian. Fasa kedua bagi memastikan perubahan ini dapat diinstitusikan melalui program pendidikan politik baru di mana kita mahu lahir ramai lagi pelapis yang mempunyai pandangan moden dalam politik di mana perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap menjadi teras kita. Ahli politik dan pemimpin politik muda yang memahami cabaran yang dibawa politik baru, soal isu tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, hubungan kaum dan sebagainya supaya kita dapat kembalikan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. 


S: Apakah itu bermakna saudara tidak berpuas hati dengan pencapaian Pemuda UMNO sejak mengambil alih jawatan itu pada 2009? 

J:
 Saya puas hati dengan pencapaian setakat ini, cuma kita kena melanjutkan prestasi kita. Kita kena pastikan apa yang kita dapat buat selama ini dapat ditanamkan ke akar umbi. Ada pelbagai cabaran untuk kita gerakkan Pemuda dari segi pentadbiran, dari segi semangat ahli. Kita kena beri tumpuan lebih kepada soal kepemimpinan. Bila kepemimpinan pada peringkat bahagian itu kuat dan punyai idealisme tinggi, kita dapat lahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber peringkat bahagian dan kita dapat meningkatkan prestasi keseluruhan. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebab penggal pertama, saya tidak ada jawatan dalam kerajaan. Penggal kedua sudah dapat amanah menjaga Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak kita boleh bawa agenda ini bersama di mana saya jaga belia negara dan juga Pemuda dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan itu saya akan guna untuk tingkatkan lagi prestasi Pemuda UMNO. 

S: Ke mana hala tuju Pemuda UMNO yang saudara akan bawa atau agenda Pemuda UMNO selepas ini sekiranya terpilih semula? 

J: 
Agenda saya ialah untuk menjadi tempat pertemuan atau ‘interface’ utama bagi UMNO dan generasi muda. Kita tahu bahawa generasi muda menjadi kuasa besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga akan menjadi kuasa besar dalam PRU-14. Kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan pengundi muda Melayu antara umur 21 hingga 30 tahun, kira-kira 54 peratus menyokong BN pada pilihan raya lalu. Itu petanda baik bagi kita, tetapi pengundi muda daripada kaum lain tak berapa menyokong BN. Itu cabaran untuk kita, macam mana UMNO boleh memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan daripada orang muda Melayu dan macam mana boleh bantu BN untuk cuba meyakinkan yang lain juga. Jadi hala tuju saya masih lagi ‘politikal’, macam mana untuk bawa undi pada pilihan raya akan datang. 


S: Ternyata saudara sudah melalui pelbagai dugaan dan jatuh bangun dalam politik. Bagaimana saudara melihat peluang kali ini? 

J:
 Setiap kali bertanding saya serah kepada perwakilan atau pengundi, cuma kita boleh buat yang terbaik dengan menawarkan idea atau wawasan yang jelas. Yang selebihnya kita serah kepada perwakilan. Saya menang pada 2009 dalam keadaan yang susah. Waktu itu orang kata menantu Presiden UMNO dan sebagainya, tetapi presiden yang hendak keluar, Pak Lah (Abdullah) pada waktu itu hendak meletak jawatan. Jadi ia tidak beri apa-apa kelebihan kepada saya. Tapi dalam keadaan itu masih lagi boleh menang, lawan bekas menteri besar, lawan seorang yang ada nama besar dalam UMNO tetapi dapat mengatasinya, Alhamdulillah berkat sokongan daripada kawan-kawan. Jadi kali ini pun saya buat yang sama, bukannya saya mahu kekalkan jawatan ini untuk diri saya, tetapi saya menjawab panggilan perjuangan. Jadi saya serah kepada perwakilan sebab saya sudah tahu jatuh bangun dalam politik, peritnya bila kita jatuh, apa perasaannya selama empat tahun. Saya tidak tahu peluang saya macam mana dan saya serah pada budi bicara perwakilan. Saya yakin perwakilan boleh menilai sebab nak jaga Pemuda dengan keahlian hampir 650,000 dan jaga pentadbiran bukan perkara senang. Kita menghormati setiap calon yang menawarkan diri, tetapi kalau tak ada pengalaman jadi Ketua Pemuda bahagian atau cawangan, macam mana nak jaga organisasi nasional yang ada 650,000 ahli. 


S: Dulu saudara bertanding dalam bayangan ‘Perdana Menteri’, kali ini bertanding sebagai Khairy Jamaluddin tanpa bapa mentua. Kini saudara menghadapinya bersendirian? 

J:
 Saya tidak melihatnya sebagai masalah sebab pemilihan lepas pun tidak bawa apa-apa kelebihan kepada saya (sebagai menantu Perdana Menteri). Sebabnya, pada pemilihan lalu beliau adalah Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan, presiden yang akan melepaskan jawatan, jadi tak ada apa-apa pengaruh pada saya. 


S: Persepsi orang ramai mungkin lain, saudara dikaitkan dengan Perdana Menteri? 

J: 
Mungkin persepsi itu membawa masalah kepada saya pada waktu dan ketika itu. Kali ini bila tidak ada apa-apa kaitan dan saya bertanding atas diri saya sendiri, mungkin mereka boleh nilai. Selama empat tahun saya menjadi Ahli Parlimen biasa dan penyokong kerajaan, sering kali berentap dengan pembangkang, bawa Pemuda UMNO selama empat tahun tanpa apa-apa jawatan, tetapi masih lagi bertahan. Ramai yang kata dia tidak akan sampai satu tahun bawa Pemuda UMNO dan akan mengaku kalah dan ada orang yang akan buat undi tidak percaya. Dalam keadaan ini, saya dapat bertahan selama empat tahun, Alhamdulillah saya diberi rezeki ini dan saya harap dapat gunakan rezeki ini untuk bantu Pemuda supaya lebih baik lagi. 


S: Cara saudara dan beberapa orang dalam Pemuda atau UMNO sendiri berlainan daripada orang lama, khususnya dari segi pemikiran. Saudara lebih terbuka dan kerap kali dilihat sebagai menentang arus. Bagaimana saudara boleh menyesuaikan diri dan mengimbangi antara lama dan baru? 

J:
 Apabila kita menyahut agenda transformasi Presiden parti yang juga Perdana Menteri, kita kena buktikan melalui pemikiran baru. Itu yang dituntut oleh transformasi. Kalau kita cakap soal transformasi tetapi tidak bawa transformasi dalam pemikiran, kita tidak akan bawa apa-apa perubahan. Yang penting walaupun pemikiran saya kadangkalanya berbeza dengan pemimpin lain lebih senior, penghormatan itu tetap ada dan kita akan bertemu dengan mereka. Saya selalu suka berbincang dengan pemimpin lebih senior, dalam kalangan menteri dan menteri besar, saya akan jelaskan pandangan daripada generasi saya. Bukan bermaksud kita nak lari daripada perjuangan asal UMNO nak bantu Melayu dan pastikan agama dan bangsa pelihara. Itu tetap mesti ada, tetapi soal politik baru yang saya sebutkan tadi, urus tadbir baik, pemikiran lebih terbuka, termasuk kepada kebebasan bersuara dan sebagainya, itu kita kena jelaskan. Ini tuntutan generasi saya, mungkin bukan generasi anda, tetapi generasi kami. Saya melihat diri saya sebagai pembawa obor generasi saya seperti mana mereka satu ketika dulu bawa aspirasi generasi mereka. Saya nampak penghormatan itu ada, tiada masalah. 


S: Dalam pemilihan ini, ada empat calon lain akan mencabar saudara. 

J:
 Saya terbuka sebab sistem kita yang sama-sama pinda empat tahun lalu (2009) yang mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbuka. Kita buka kepada perwakilan di peringkat bahagian untuk memilih jawatan tertinggi dalam UMNO. Yang kedua, kita buka seluas-luasnya, dengan sedikit syarat kepada ahli kita untuk bertanding, hatta jawatan tertinggi dalam parti. Bila sudah buat pindaan itu, takkanlah sebagai antara pemimpin yang menyokong pindaan itu, saya nak kata oh tak boleh bertanding lawan saya. Bila ada orang nak bertanding Ketua Pemuda kita mengalu-alukan atas semangat keterbukaan dalam parti. Tetapi bagi saya untuk perwakilan, dia kena fikir sedalam-dalamnya, ini bukan pesta populariti sekelip mata saja. Ini adalah soal masa depan parti, mesti bertanggungjawab. 


S: Bagaimana pandangan saudara berhubung kesediaan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Naib Presiden? 

J:
 Beliau adalah seorang pemimpin generasi muda dalam parti kita yang ada masa depan cerah dan berjaya menjadi Menteri Besar Kedah. Kita berharap beliau dapat membangunkan Kedah dengan baik dan kekalkan kekuasaan BN di Kedah. Soal dia nak bertanding jawatan apapun dalam parti, terpulang kepada dia sebab dalam semangat keterbukaan, kita tidak boleh halang. Kita perlu semua pemimpin memainkan peranan dalam UMNO. Saya tidak mahu lihat pemimpin kita bergaduh sampai kita kerugian seorang pemimpin yang boleh membantu pasukan UMNO. 


S: Andainya masa depan ini adalah hak anda dan Mukhriz sebagai pelapis, boleh saudara bekerja sebagai satu pasukan? 

J:
 Saya tidak ada masalah, kita pernah bekerja sebagai satu pasukan ketika saya menjadi Naib Ketua dan beliau EXCO Pemuda UMNO. Saya sudah kenal beliau begitu lama. Saya rasa dalam UMNO, saya antara orang yang kenal beliau paling lama sejak umur saya enam tahun lagi. Dia lebih tua daripada saya 11 tahun dan saya kenal dia daripada kecil lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan dia, untuk kebaikan parti. 


S: Apa pandangan saudara mengenai sistem baru pemilihan UMNO ini? 

J: 
Tiada siapapun tahu sebab kali pertama nak buat. Insya-Allah saya berharap tiada pertikaian sebab kita semua bersetuju dengannya. Saya harap ia berjalan lancar. 


S: Terdapat banyak seruan, saranan, gesaan daripada banyak pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mahu golongan muda diberi laluan untuk mengambil alih kepemimpinan UMNO di semua peringkat. 

J:
 Itu saranan yang baik dan sebagai Ketua Pemuda takkan saya tak sokong saranan itu. Saya nak melihat lebih ramai lagi orang muda diberi tempat. Tetapi yang penting ialah kombinasi yang baik. Kita perlu juga yang berpengalaman, sebab itu Pemuda UMNO kita tawar empat orang untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT). Saya harap mereka dapat tempat dalam MT. Kita nak tunjuk bahawa proses peremajaan dalam UMNO bukan hanya terhad pada Pemuda dan Puteri, tetapi juga dalam arus perdana, parti induk dan kalangan orang dewasa ada kepemimpinan orang muda. 


S: Mengenai Wanita UMNO pula, bagaimana saudara melihat tindakan kompromi Datuk Seri Azalina Othman dalam perebutan jawatan Ketua Wanita? 

J: 
Saya lihat mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekiranya Azalina bertembung dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita akan kehilangan salah satu daripada dua orang itu. Saya lihat Shahrizat masih lagi kuat dalam Wanita dan Azalina mungkin tidak berjaya. Kita akan kerugian sebenarnya sebab Azalina adalah pemimpin yang ada bakat dan masa depan. Dengan kompromi, kita dapat kekalkan kedua-duanya, sudah tentunya lebih baik untuk kita. Shahrizat akan terus jadi Ketua Wanita, kestabilan pada Wanita UMNO dan dapat menyediakan Azalina untuk ambil alih kepemimpinan Wanita satu hari nanti. 


S: Apa pandangan saudara mengenai penyertaan orang lama dalam pemilihan ini? 

J: 
Itu keputusan mereka dan mesti dihormati. Prinsip sekarang ialah keterbukaan, sesiapapun boleh menawarkan diri. Yang penting perwakilan perlu pilih dengan bijak siapa akan menjadi wajah UMNO empat lima tahun akan datang apabila kita berdepan dengan rakyat. 


S: Apa pandangan saudara mengenai UMNO selepas pemilihan ini? 

J:
 Selepas pemilihan kita kena bersatu semula dan rapatkan barisan. Sudah pasti dalam pemilihan, walaupun dalam semangat kekeluargaan, mesti ada yang terguris, terasa dan terpinggir apabila kalah. Kita kena fokus balik pada usaha PRU-14, itu penting. Ini soal hidup mati UMNO. Pemilihan UMNO ini adalah untuk kita pilih wajah UMNO yang akan berdepan dengan rakyat. Pilihlah mereka yang diterima oleh rakyat dan ahli, jangan kita pilih hanya mereka yang popular dalam kalangan ahli, malah mereka mesti diterima rakyat.