SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 17 Julai 2012

PAS bantah, Kerajaan PAS Kedah beli share FGVH


Difahamkan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datu Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK telah mengesahkan miliki 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

Menurut sumber , syarikat dibawah teraju kerajaan PAS Kedah ini memohon sebanyak 1 juta unit tetapi pihak MITI hanya luluskan 500,000 unit. PKNK telah melanggan saham tersebut harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.

Dilaporkan juga PKNK telah jual 50,000 unit saham FGVH pada harga RM 5.50 seunit dan mendatang keuntungan kasar RM 47,500.

PKNK dikatakan telah memberitahu bahawa keputusan pemilikan saham ini tiada kaitan politik.

Pihak Sinar Online telah menghubungi PKNK selepas laporan polis bantahan Himpunan Oren dibuat oleh NGO di Alor Setar mempertikaikan kenapa pemimpin Pas menentang penyenaraian FGVH yang didakwa merugikan rakyat sedangkan GLC milik kerajaan kedah melabur dalam FVGH.

Sebelum ini, keluarga Mazlan Almin dan penentang peneyenaraian FGVH dilaporkan sana sini menerima cek dan pembahagian durian runtuh kepada generasi kedua.

Dimana konsistensi PAS dalam isu ni? Secara entiti mereka tentang FGVH tetapi secara peribadi 'sokong' pula penyenaraian dengan menyetujui menerima 'durian runtuh' dan melanggan saham FGVH,

Kalau tak setuju, jangan setuju terima 'durian runtuh' dan langgan saham. Tak tahu pula pendirian PAS hanya sebahagian dari aspek senarai. Itu tak pula disebut PAS begitu rupa,

Bila diambilkira pendirian PKNK untuk ketepikan politik dalam melanggan saham FGVH, ia pula membawa makna pihak tertinggi PAS perakui penentangan PAS terhadap FGVH hanya penentangan politik dan bukan penentangan dasar,

Mungkin juga betul bahawa PAS hanya gimik politik saja pasal Himpunan Oren tentag peyenaraian FGVH yang DAH LEBIH DUA MINGGU TERSENARAI dam tak berapa kerat orang Felda berarak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan