SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 9 Julai 2012

CILI KASI TARUK! DALAM 4 TAHUN, KERAJAAN PAKATAN SELANGOR DAH SONGLAP 1.4 BILLION!?


BARU sahaja 4 tahun memerintah, sudah berani menggelapkan wang rakyat negeri Selangor sebanyak RM 1 billion. Banyak duit tu sampai khabarnya Menteri Besar dapat buat rumah di London.

Ya, dan dimaklumkan semua dokumen mengenai hal ini akan didedah satu persatu.

Apa sekalipun memang banyak yang tak kena dengan pengurusan hutang Talam ini dari mula.

Syarikat ini (Talam) sebenarnya sudah hampir tidak wujud lagi, dah diganti dengan Triniti Corporation Berhad. Tak pastilah beratus juta duit rakyat Selangor yang dipinjamkan kepada Talam untuk menyelesaikan hutangnya dulu dibuat atas nama Talam atau Trinity.

Sebab, kalau atas nama Talam, maksudnya hutang itu ada potensi untuk hangus begitu saja kalau Talam ini benar-benar diistiharkan bankrup nanti. Syarikat yang muflis mana ada liabiliti untuk bayar hutang lagi dah.

Sekarang, tidak hairan kenapa prasarana dan begitu banyak kemudahan berkepentingan rakyat di negeri paling maju di Malaysia ini berada dalam keadaan kelas ketiga, berbanding semasa diserahkan dari BN pada 2008 dulu.

Tidak hairanlah masalah sampah berlarutan sehingga menyebab banyak longkang tersumbat dan mencetus kepada banjir kilat, bau busuk, denggi dan sebagainya.

Memanglah semua ini berlaku, duit dah habis di lahap, dibayar untuk menyelesaikan masalah hutang anak syarikat kerajaan negeri yang sudah digulung dan dimufliskan.

Rakyat Selangor wajib bangkit bertanyakan soal ini. Penulis terbaca di Selangor ada Enakmen Kebebasan Maklumat yang membenarkan rakyat memeriksa dengan sendiri maklumat kewangan negeri. Kononnya tidak ada apa yang diselindungkan dengan adanya enakmen ini.

Yang pertama untuk dipersoalkan ialah Khalid Ibrahim yang pernah berjanji untuk menyediakan kertas putih bagi memberi penjelasan berhubung hutang Talam ini.



Genap 2 tahun dah kertas putih yang dijanjikan masih tidak nampak bayang. Bila ditanya wartawan, Khalid sekali lagi menyebut kertas putih mengenai hal ini akan dibentangkan nanti.

Nanti sampai bila?

Semua ini menunjukkan pentadbiran di Selangor ini bukan pentadbiran yang baik. Baru sahaja tak beberapa minggu Setiausaha Politik MB menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri menerima firma anak saudaranya sebagai panel peguam, sekarang dah kes ini pula.

Kronisme, salahguna kuasa begitu bermaharajalela sekali. Tapi semuanya berjaya mengelak dari tindakan undang-undang kerana prosedur kerajaan negeri pimpinan Pakatan haram ini memang membenarkan perkara-perkara semua itu dilakukan.

Paling tidak pun, menunggu kelulusan Exco, siapa yang duduk dalam Exco itu kalau bukan puak-puak ini juga!!

HOUSE PK: Jawab la wahai pakatan Haram? Ini petikan dari MyKmu. Ada berani?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan