SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 30 Julai 2012


Majlis berbuka puasa MB Perak terima pujian PM..

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima pujian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) apabila memutuskan untuk mengadakan majlis berbuka puasa dikediaman rasminya sekaligus merakyatkan majlis itu.

Katanya, Dr Zambry telah menepati panduan KPI bahawa majlis berbuka puasa itu mesti dirakyatkan dan ternyata kehadiran tetamu mencecah kira-kira 5,000 orang pada Jumaat lalu.

"Dalam perjalanan saya bagi majlis berbuka puasa ini, DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memberitahu saya bahawa KPI bagi MB tidak boleh kurang daripada 5,000 hadirin.

"Nampaknya saya boleh maklumkan bahwa Dr Zambry telah dapat memenuhi KPI ,’’ katanya yang disambut tepukan kira-kira 5,000 tetamu pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Menteri Besar Perak tersebut.

Hadir sama di majlis itu Datin Seri Rosmah Mansur, Menteri Besar perak Dr Zambry Abd Kadir dan pemimpin-pemimpin komponen BN termasuk Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek. - PerakNews 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan