SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 28 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 PAKATAN PEMBANGKANG TAK LAYAK GANTI BN.. LAIN KALI LAHHH!! #VOTE4BN

WAJIB BACA!! #PRU13 PAKATAN PEMBANGKANG TAK LAYAK GANTI BN.. LAIN KALI LAHHH!! #VOTE4BN



1. Dengan 30 barang keperluan hidup dan makanan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan memerintah selama ini, Malaysia dilihat sebagai negara yang terlalu memanjakan rakyatnya dengan subsidi pada satu pihak, dan satu pihak lagi menyebarkan persepsi yang tidak ada, iaitu pemimpin kaya raya menindas orang miskin.

2. Malah, limpahan subsidi sistem pemerintahan negara ini selama ini telah membuatkan ia turut dinikmati di segenap negara yang bersempadan dengan negara ini.

3. Selatan Thai, kepulauan Jolo, Kalimantan Timur, Kalimantan Barat dan Kepulauan Riau adalah wilayah luar Malaysia yang menjadi kawasan bahan keperluan bersubsidi negara ini turut dinikmati rakyatnya.

4. Ada pihak menyebar persepsi bahawa ahli politik di negara ini terlalu korup sehingga memiliki kekayaan yang beratus juta sedangkan mereka tidak pernah mampu untuk membuktikan tuduhan mereka.

5. Segalanya hanyalah persepsi semata-mata sehinggalah sangat mudah cincin berlian pameran di Singapura dituduh milik Rosmah.

6. Apabila tuduhan seperti ini tidak dilayan, mereka berjaya menguatkan pengaruh persepsi mereka terhadap lebih ramai orang lagi sehinggakan penafian tertuduh pun tidak membawa erti.

7. Jika kita menyatakan negara ini menjual petrol yang mahal, kita seharusnya tidak lupa mengingati Kanada yang mempunyai simpanan petroleum yang besar pun masih mengenakan harga minyak yang sama dengan kita jika dinilai KDNK mereka walaupun mempunyai hanya 38 juta penduduk.

8. Malah Venezuela yang mempunyai simpanan minyak ketiga terbesar di dunia pula menjual minyak RON 95 dengan harga 60 sen seliter tetapi mengenakan cas pada perkhidmatan perubatan , pendidikan berbayar dan cukai pendapatan yang agak tinggi.

9. Ramai lembu bercucuk hidung di negara ini teruja dengan kempen 'Ubah' oleh pembangkang sedangkan mereka tidak tahu kepada bentuk apa ia perlu diubah.

10. Sedangkan kerajaan sedia ada telah terlebih dahulu melakukan perubahan dengan program-program Transformasi yang seharusnya diteruskan oleh pihak yang mahu mengambil alih kepimpinan negara.

Baca Selanjutnya DISINI

1 ulasan:

  1. Kerajaan telah beri peluang maksimum kepada bumiputera dalam dunia pendidikan sejak merdeka. Itu kejayaan paling besar dalam sejarah bangsa Melayu. Begitu juga dalam hal ekonomi. Zaman sebelum Inggeris, Melayu dah kuat, kini Melayu ingin terus kuat bawah BN. Namun Melayu belum cukup berjaya.... InsyaAllah.

    BalasPadam