SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 24 Mei 2014

INFO @ AKJr : WAJIB BACA!! ISU COKLAT CADBURY ADA UNSUR KHINZIR..



Sesungguhnya sebagai umat Islam di Malaysia aku rasa terhina,marah dan rasa diperbodohkan oleh pengeluar produk coklat Cadbury kerana produk mereka mengandungi Dna babi..

Alangkah malangnya umat Islam di negara ini ditipu oleh syarikat yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam..

Dalam hal ini kerajaan kena bertindak mengantung permit lesen kilang serta merta dan rakyat seluruh Malaysia perlu ambil tindakan undang terhadap pengeluar produk berkenaan..



Hari ini Kementerian Kesihatan mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).

Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta. 

Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk 
Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk. 

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok 
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya. 

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Sumber berita harian

Pssstt... MOHON KEMENTERIAN BERKENAAN DAN SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMAN CADBURY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan