SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 23 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 PKR DAN PAS TERENGGANU BERTUMBUK SESAMA SENDIRI!! #TOLAKPR

PANAS BERAPI!! #PRU13 PKR DAN PAS TERENGGANU BERTUMBUK SESAMA SENDIRI!! #TOLAKPR



Walaupun keputusan telah dibuat namun ternyata Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail tetap tidak berpuas hati. Dia tetap menganggap, PAS tidak boleh dipercayai, tamak haloba dan terlalu mementingkan diri!

Menurutnya, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali telah bersetuju untuk melepaskan enam kerusi DUN iaitu Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Telemung, Bandar dan Bukit Besi selain kerusi Parlimen Kemaman untuk ditandingi oleh PKR.

Bagaimanapun, semasa hari pencalonan, PAS telah mungkir janji dan meletakkan calon-calon parti tersebut dalam pertandingan tiga penjuru.

Menurut Azan, dia telah merakamkan perbualannya dengan Mustafa Ali untuk membuktikan yang perjanjian serta persetujuan telah dibuat.

PAS telah mencalonkan Bendahari PAS Dungun dan bekas ADUN Bukit Besi, Roslan Ismail untuk bertanding di Bukit BEsi. Manakala PKR pula mencalonkan Ketua AMK Dungun, Mohd Shamsul Mohd Amin.

Tindakan dan gelagat PAS Terengganu turut membuatkan calon PKR untuk Seberang Takir, Ahmad Nazri Mohd Yusuf berang dan menuduh, KETAMAKAN PAS menjadi punca kepada pertembungan tiga penjuru di Terengganu (PKR-PAS-BN). Ahmad Nazri menyatakan, tiada sebarang istilah yang sesuai untuk dikatakan tentang perbuatan PAS memandangkan PAS Terengganu telah pun mempunyai 26 kerusi untuk ditandingi sedangkan PKR pula hanya enam.

"Disebabkan termimpi-mimpi sangat yang Pakatan akan berjaya menawan Putrajaya, membuatkan sebahagian orang menjadi tamak untuk menjadi Wakil Rakyat," katanya dengan nada sinis.

Ahmad Nazri juga menolak tuduhan calon PAS untuk Seberang Takir, Zakaria Dagang kononnya PKR tidak bersiap sedia untuk pilihanraya umum, sekaligus membimbangkan PAS dan meletakkannya sebagai calon.

Menurut Ahmad Nazri, PKR sudah cukup bersedia untuk berpilihanraya. Katanya lagi, PKR dan PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat, seharusnya saling tolong-menolong antara satu sama lain, bukannya saling tikam belakang.

Keputusan telah dibuat dengan penyerahan kerusi yang ditandingi kepada PKR oleh PAS, namun hakikatnya pertandingan tiga penjuru tetap juga akan berlaku kerana dalam PRU13, tiada istilah MENARIK DIRI selepas borang penamaan calon diserahkan dan disahkan!

Para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat yang bongok bolehlah ditipu, sedangkan hakikat yang terbentang depan mata, tidak boleh diselindung begitu sahaja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan