SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 22 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 JOM LIHAT SIKAP BURUK MACAI- MACAI PKR DI PERAK!

PANAS BERAPI!! #PRU13 JOM LIHAT SIKAP BURUK MACAI- MACAI PKR DI PERAK!




Petang tadi Lee Boon Chye terus mencetuskan provokasi dengan mengupah beberapa penyokong Melayunya untuk membuat bilik gerakan yang tidak sampai 20 meter daripada bilik gerakan utama BN N43 Dun Sungai Rapat.

Berikutan itu timbul rasa tidak puashati dikalangan penduduk dan penyokong BN sendiri kerana bilik gerakan Lee Bon Chye terlalu hampir dengan mereka. Mereka tidak mahu berlaku sebarang pergaduhan sesama Melayu malah peraturan SPR pun bilik gerakan semestinya tidak boleh sedekat itu.

Akibat daripada provokasi melampau Lee Bon Chye berlaku sedikit pergaduhan diantara penyokong BN dan penyokong berbangsa Melayu Lee Bon Chye. Apabila melihat sudah terjadi pergaduhan antara melayu dengan melayu Lee Bon Chye terus meninggalkan tempat kejadian dengan menggunakan kereta penyokongnya.

Lee Bon Chye kemudian membuat laporan palsu kepada polis mengatakan Dato Hamidah yang menyerangnya sedangkan ketika itu Dato Hamidah berada di bilik gerakan utama..

Lee Bon Chye yang pernah membantah pembinaan sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman tidak senang dengan sokongan padu orang Melayu terhadap Barisan Nasional dan beliau dengan berniat jahat dan akan mengambil apa sahaja pendekatan jahat untuk melaga-lagakan orang Melayu.

Inilah orang Melayu durjana yang menerima upah lumayan dan arahan daripada Lee Bon Chye untuk mencetuskan provokasi bagi melaga-lagakan antara kaum melayu dengan kaum melayu.


Lagi Baca DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan