SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 18 April 2013

EKSKLUSIF #PRU13 : KENALI CALON BN P072 TAPAH

EKSKLUSIF #PRU13 : KENALI CALON BN P072 TAPAH



Datuk Saravanan A/L Murugan, juga dikenali M. Saravanan merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi P072 Tapah. .Sebelum ini, beliau adalah penyandang kerusi P072 Tapah bermula pada tahun 2008 dan sekaligus dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Anak Jati Kuala Lumpur ini berkelulusan Ijazah dalam bidang Perniagaan. Beliau seorang pemimpin yang mudah mesra tanpa mengira kaum dan agama. Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Tapah, beliau banyak memberi sumbangan kepada penduduk di Kawasan Parlimen Tapah tidak kira dari segi pembangunan, sosial dan ekonomi.

Keterampilan dan perwatakan beliau yang mesra serta pemudah cara yang membuatkan penduduk Tapah begitu senang dan boleh menerima beliau sebagai calon yang paling sesuai bagi PRU13 nanti.

Ayuh semua penduduk Tapah yang akan mengundi pada PRU13 nanti, mari bersama-sama kita memberi sokongan penuh kepada Calon BARISAN NASIONAL ini. Pastikan Kemenangan hak milik mutlak kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan