WAJIB BACA!! 70 guru, pelajar pondok agama isytihar keluar PAS.. #TolakPR #BN4Malaysia
Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar
sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar
daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.
Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar
Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada
1990.
Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu
yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan
Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah
menambat hati.
Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di
sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam
memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka
bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.
"Memang betul saya
pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat
perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami
dan tidak mampu memartabatkan Islam.
"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.
"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan
kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang
selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO
kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung
Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.
Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan Pas hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.
Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu
untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir
daripada kehendak mereka sendiri.
"Saya jangka lebih ramai anggota Pas akan keluar parti dan menyertai UMNO.
Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka
mata anggota Pas untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan