SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 18 Oktober 2012

TAHNIAH Dr. @ZambryAbdKadir! YOU DID A GOOD JOB IN PERAK!


WAJIB BACA !! TAHNIAH Dr. @ZambryAbdKadir! YOU DID A GOOD JOB IN PERAK!


Hasil pentadbiran dan pengurusan yang cekap, kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terus mencipta kejayaan demi kejayaan yang pastinya dicemburui pihak luar terutamanya pembangkang.

Terbaru, Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memuji pengurusan kewangan kerajaan Perak, jabatan dan agensi di bawahnya kerana prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menunjukkan rekod baik dicapai hasil tindakan kerajaan negeri dan jabatan negeri yang memberi tumpuan dan fokus sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bermula 2007.

Ia juga memperlihatkan tahap prestasi prestasi pengurusan kewangan di 11 jabatan dan agensi negeri bagi 2011 juga berada pada tahap baik dengan dua lagi menerima penarafan sangat baik.

Selain itu, semakan di tujuh jabatan pula mendapati kawalan bajet, terimaan dan perbelanjaan berada pada tahap sangat baik manakala kawalan pengurusan di tahap baik.


Read more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan