SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 1 Oktober 2012

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEPRIHATINAN ANDA!


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEPRIHATINAN ANDA!


Ini kisah yang pernah disiarkan oleh Perak Today tidak lama dulu pasal seorang budak yang ada masalah telinga.
  Klik sini

Alhamdulillah, bantuan rakyat Malaysia yang prihatin telah membuatkan anak kecil ini mendapat peluang untuk rawatan yang diperlukan. Marilah kita baca kisah yang sangat menyentuh hati ni dibawah:

Berkat sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia yang prihatin, Adik Aleesya Analia Norhaid, selamat menjalani pembedahan implan koklear di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) pada 30 Ogos lalu, sekaligus memberi sinar harapan baru kepadanya untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Selepas kisahnya mendapat liputan meluas di dada akhbar dan elektronik termasuklah Peraktoday.com, bantuan kewangan datang mencurah dari seluruh negara, kata ibunya, Nor Aainy Kamal Bashah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan masalah kewangan yang kami hadapi untuk menanggung kos pembedahan yang berjumlah RM77,000.

“Namun, di atas keprihatian rakyat negara ini, pembedahan itu berjaya dilaksanakan melalui Tabung Bantuan PPHUKM yang menyumbang RM50,000,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Ditanya perkembangan terbaru Aleesya Analia selepas menjalani pembedahan itu, si ibu berkata, anaknya kini menjalani terapi pertuturan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada setiap minggu.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, Aleesya Analia juga akan menjalani terapi audio di PPHUKM bagi memastikan pembedahan implan koklear yang dijalankan itu berjaya.

“Selepas pembedahan itu, Aleesya Analia sudah mula memberi respon positif dan saya berharap anak saya dapat mendengar dan bertutur sama seperti kanak-kanak normal lain pada masa akan datang,” tegasnya lagi.


Baca seterusnya di Perak Today...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan