SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 1 Oktober 2012

PANAS TERIK: BETUL KE BAJET PAKATAN RAKYAT IALAH BAJET AGEN MOSSAD(Israel) YG BERPENGKALAN DI SINGAPURA???

PANAS TERIK: BETUL KE BAJET PAKATAN RAKYAT IALAH BAJET AGEN MOSSAD(Israel) YG BERPENGKALAN DI SINGAPURA???


Hasrat hati nak lawan DS Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia. Kononnya, bajet alternatif daripada Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding bajet DS Najib Abdul Razak. Kononnya juga, bajet itu lebih liberalis dan lebih menyamarata. Malah, diuar-uarkan juga, bajet Pakatan Rakyat lebih dinamis untuk ekonomi negara yang lebih mapan, sekaligus menyekat ketirisan yang digembar-gemburkan sehingga jumlahnya berpuluh-puluh bilion ringgit.

Rupa-rupanya, bajet alternatif yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim adalah bajet yang dicipta oleh Tricia Yeoh yang dibayar gaji sebanyak RM18,000 semata-mata untuk penyediaan kertas yang dibacakan oleh Anwar Ibrahim dan kemudian dibangga-banggakan oleh para pemimpin PAS, khususnya Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Mahfuz Omar!

Kalau selama ini, apabila diperkatakan bahawa Anwar Ibrahim menerima bantuan sepenuhnya daripada Zionis, ramailah para penyokongnya yang akan memnyingsing lengan, marah dan memaki hamun sesiapa sahaja yang melakukan pendedahan berkenaan. 

Siapa Tricia Yeoh dan mengapa pula kali ini Rafizi Ramli atau pun Tony Pua gagal memberikan input yang diharapkan?


Tricia Yeoh merupakan satu lagi individu yang sedang cuba dinaikkan oleh Anwar Ibrahim dan besar kemungkinan akan diletakkan sebagai calon mewakili PKR di kawasan selamat. Tricia Yeoh membawa aliran dan pemikiran GUNG-HO LIBERALISME atau Liberalkan Semua Perkara...SAMBUNG BACAAN DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan