SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 31 Disember 2012

FAKTA!! Kedah, P. Pinang, Selangor Bukti Pas Hanya Parti Budak Suruhan Pembangkang


FAKTA!! Kedah, P. Pinang, Selangor Bukti Pas Hanya Parti Budak Suruhan Pembangkang


KUALA LUMPUR, – Pas dilihat tidak mampu untuk menjadi sebuah parti  mewakili orang Melayu yang dominan di dalam Pakatan Pembangkang apabila parti tersebut jelas tidak dihormati oleh rakan sekutu mereka iaitu DAP dan PKR.
Menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, biarpun dalam keadaan Pas mempunyai kelebihan kerusi berbanding parti lain di dalam Pakatan Pembangkang, namun Pas tidak mampu untuk menjadi sebuah parti Melayu yang dominan di dalam Pakatan Pembangkang.
“Sebagai contoh kerajaan Pas di Kedah, di mana hanya ada seorang saja ADUN DAP di dalam pentadbiran negeri Kedah. Tetapi kita boleh lihat, bagaimana seorang ADUN DAP seorang ini saja boleh memporak perandakan kerajaan Pas Kedah.
“Contohnya dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi yang diputuskan oleh kerajaan Kedah. Dalam isu ini, dia seorang saja yang bantah. Jika diteruskan, dia mengugut DAP keluar dari pentadbiran Pas yang boleh menyebabkan kerajaan Pas Kedah tersungkur. Akhirnya Pas terpaksa akur dengan bantahan tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini.
Begitu juga dengan isu menutup pusat hiburan pada bulan Ramadan yang lepas yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pas, namun apabila pengerusi DAP Karpal Singh memberi amaran, kerajaan Pas akhirnya membatalkan perancangan tersebut.
“Dan isu yang terbaru, apabila kerajaan Pas membuat keputusan untuk model-model iklan menutup aurat, ADUN DAP yang seorang itu juga membantah dan akhirnya, Pas tidak jadi untuk melaksanakan rancangan tersebut.
Manakala di Pulau Pinang pula menurutnya lagi, hanya ada seorang saja ADUN Pas, iaitu Ustaz Salleh Man dari Permatang Pasir di dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut dan jika benar-benar DAP dan rakan komponen menghormati persepakatan mereka, sudah pasti Ustaz Salleh Man diberi tempat di dalam exco kerajaan negeri.
“Mengapa Ustaz Salleh Man tidak diberi jawatan sebagai exco Agama di dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang? Sepatutnya sebagai wakil Pas, dialah yang layak untuk memegang jawatan tersebut. Malah ketika pilihanraya kecil di Permatang Pasir, saya antara orang yang diarahkan untuk mengumumkan sekiranya Ustaz Salleh Man menang, beliau akan dipilih menjadi exco Agama di dalam kerajaan pentadbiran negeri. Tapi sehingga ke hari ini tidak ada pun perlantikan tersebut.
“Ini bukti jelas bahawa DAP dan PKR tidak hormat langsung kepada Pas. Jika mereka menghormati Pas, sudah pasti Anwar Ibrahim akan beritahu Lim Guan Eng untuk memberikan exco agama kepada beliau dan bukannya kepada Malek Ibrahim,” tegasnya.
Ini jelas membuktikan kata beliau lagi,  bahawa Pas di Kedah tidak dapat menjadi sebuah parti atau pemerintah yang dominan manakala di Pulau Pinang pula, Pas tidak langsung dihormati.
Berdasarkan senario di atas menurut beliau, bagaimana rakyat khususnya orang-orang Melayu ingin meletakkan harapan mereka kepada Pas untuk terus memelihara  institusi Agama, kepentingan hak-hak Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini.
“Apatah lagi, kalau kita nak bincang tentang masa depan dan survival Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja, memang tidak ada harapan langsung sekiranya kita bergantung harap kepada Pas sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa.
“Kita lihat sajalah DAP, yang kini menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang, tetap teguh dengan pendirian mereka dengan slogan Malaysian Malaysia dan menolak sebarang perlaksanaan negara atau undang-undang Islam. Dan ternyata Pas tidak mampu untuk menidakkan kehendak DAP itu,” akhirnya. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan