SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 24 Mei 2014

INFO @ AKJr : KENYATAAN MEDIA @putra2388 EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA TERHADAP SI RAYER!! @khairykj @azwanbro



Kenyataan Media:

Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi. 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat terhadap kebiadapan SI Rayer yang melemparkan ungkapan celaka kepada beberapa Ahli UMNO dan seterusnya kepada Parti keramat Melayu itu sendiri. Adakah beliau sedar akibat daripada lemparan ungkapan celaka itu? Beliau seolah olah menyimbah minyak kepada api yg sedang membara. 

Yang mana akibat daripada tindakan beliau itu akan mencetuskan kemarahan kepada ahli ahli UMNO yang rata ratanya berbangsa Melayu. Bila beliau mencelakakan UMNO bermakna beliau telah mencelakakan hampir 3.5 juta Ahlinya secara tidak langsung. 

Saya memberi amaran sekeras kerasnya kepada SI Rayer dan mendesak beliau agar memohon maaf secara terbuka dan dalam masa yang sama menarik balik ungkapan celaka itu. Dalam pada itu saya meminta pihak yang berwajib mengambil tindakan undang undang keatas kebiadapan SI Rayer yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia. Sekian.

Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Merangkap 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat

1 ulasan:

  1. Dgn keadaan calun DAP, Dyana yg nampaknya tidak boleh menang dlm PRK di Teluk Intan sebab orang Melayu Teluk Intan tidak akan menyokong DAP yg menolak Hudud. Orang Cina Teluk Intan yg lebih bijak dpd orang Cina di Penang akan menyokong Mah kerana beliau adalah orang tempatan dan sangat faham akan keperluan Teluk Intan. Lagi pun Mah akan diberi jawatan Menteri yg sudah tentu akan dapat menolong kaum Cina di Teluk Intan. Lihat saja apa Lim Kit Siang boleh buat utk orang Cina di Gelang Patah? Mematahkan gelang bolehlah. Kawasan terbiar.
    Cuma orang India di Teluk Intan yg perlukan perhatian DAP utk mendapatkan sokongan mereka dlm PRK ini. Spt yg kita semua maklum, DAP adalah sangat terkenal sebagai sebuah parti yg suka “melempar batu dan menyorok tangan”. Oleh itu RSN Rayer, seorang ADUN India dari DAP telah ditugaskan utk “mencelaka” UMNO supaya orang Melayu akan bertindak spt yg dijangkakan oleh DAP. DAP mahu menaikkan kemarahan orang India yg akan terasa marah apabila Rayer dikutuk oleh UMNO. Dgn itu, orang India akan diharapkan utk mengundi DAP. Tetapi orang India di Teluk Intan tidaklah bodoh spt yg disangkakan oleh DAP. Macam mana orang India boleh lupa kes Kg Buah Pala? Macam mana orang India boleh lupa apabila rata2 ahli DAP yg terdiri dari kaum India telah dinafikan hak utk mengundi di Pemilihan Parti DAP? Orang Melayu mungkin mudah lupa! Tetapi orang India tidak mudah lupa.
    Kerana DAP dah banyak kali mengulangi trick ini, maka rakyat yg bijak sudah Nampak muslihat DAP. Nampaknya niat jahat DAP tidak akan menjadi kali ini. Sorrylah Guan Eng.

    BalasPadam