SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 1 Mac 2013

FAKTA AKJr : ORANG LEMBAH PANTAI SEMAKIN BENCIKAN NURUL IZZAH! INI BUKTINYA..


FAKTA AKJr : ORANG LEMBAH PANTAI SEMAKIN BENCIKAN NURUL IZZAH! INI BUKTINYA..

nurul1

Kalau pada tahun 2008 dahulu, Nurul Izzah mendapat sambutan yang cukup hebat dari kalangan penduduk Lembah Pantai. Nurul Izzah yang mendapat julukan sebagai PUTERI REFORMASI, kelihatan begitu gagah kerana dikelilingi lautan manusia yang mengharapkan keajaiban akan berlaku apabila Nurul Izzah dipilih mewakili mereka. 

Justeru apabila keputusan PRU12 diumumkan untuk Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berjaya mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti yang agak besar. Nurul Izzah yang mewakili PKR memperolehi 21,728 undi berbanding Shahrizat yang hanya mendapat 18,833 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah adalah 2,895 undi. Pada PRU11, Shahrizat menang besar di Kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan mendapat majoriti 15,288 undi. 

 

Agak menarik kali ini, yang menjadi saingan utama Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah Raja Nong Chik, bukan lagi Shahrizat Abdul Jalil. Kempen huduh yang menjadi sebahagian daripada rukun PKR, bagaimanapun, mulai pudar dan kurang meraih perhatian penduduk Lembah Pantai, apatah lagi membabitkan beberapa insiden yang memperlihatkan betapa buruknya perangai Nurul Izzah dan konco-konconya termasuklah menjemput samseng-samseng India dan Cina dalam insiden di rumah pangsa Bukit Kerinchi. 

Langkah-langkah yang diambil oleh Raja Nong Chik dalam menangani masalah penduduk di Lembah Pantai, membuka mata banyak pihak yang sebelum ini kuat menyokong Nurul Izzah. Ditambah pula dengan sikap Nurul Izzah yang langsung tidak mempedulikan rakyat marhein tetapi lebih banyak memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan ‘kaya’ di Lembah Pantai, semakin menyedarkan penduduk Lembah Pantai bahawa mereka sebenarnya tidak memerlukan langsung Nurul Izzah. 

Persoalan yang paling kerap dilontarkan ialah, apa yang telah Nurul Izzah lakukan di Lembah Pantai sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan?

1 ulasan:

  1. PRU13 dah settle. Nurul Izzah menang lagi walaupun UMNO/BN cuba main tipu dibantu oleh SPR. Ini menunjukkan UMNO/BN ditolak rakyat Selangor termasuk di Lembah Pantai.
    Ada pun dulu Shahrizat menang besar sebab masa tu rakyat masih percaya UMNO/BN. Tapi bila UMNO/BN mengkhianati kepercayaan itu dengan cuma mengayakan kroni dan semakin menindas rakyat, semuanya berubah. Rakyat Selangor memilih alternatif untuk perubahan.
    PR telah menunjukkan prestasi melindungi rakyat dari penindasan ekonomi yang hanya memanafaatkan kroni UMNO/BN (contoh: Penipuan tanah Mindef Raja Ropiaah; Puncak Niaga Langat 2 untuk enaikkan tarif air; Projek LRT Ampang kepada George Kent Bhd. walaupun tidak layak; dll).
    Sebab itu dalam PRU13, PR menang besar walaupun UMNO/BN berbelanja besar (hari-hari ada iklan "Sayangi Selangor, Pilih BN" kat TV) untuk menawan kembali Selangor. Kan dah malu besar bila rakyat Selangor tetap tolak UMNO/BN. Rakyat Selangor dah sedar yang UMNO/BN penipu besar; cuma besarkan tembolok sendiri, anak beranak dan kroni. Rakyat hanya untuk ditekan dan tindas.

    BalasPadam