HINA POLIS DENGAN HARGA 5RIBU SAHAJA.. BERBALOI KE??
AKjr nak tanya pada Balu serta ahli Keluarga Syuhada pejuang Negara yang kini bersedih dengan kehilangan ahli keluarga, berbaloi kah Tian Chua hanya didenda 5ribu dan penjara 3 tahun....?
Dengan tindakan serta Undang-Undang yang ada ini membolehkan ramai lagi yang tampil menghina Pejuang Negara...Sedangkan mereka (Pemimpin Pembangkang) yang menyaman pemimpin/media/blogger lebih dari angka yang dinyatakan, angka paling sedikit telah dikenakan adalah 50ribu berbanding dengan Tian Chua hanya 5ribu.......
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.
Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu.
Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Semoga ianya menjadi pengajaran kepada individu lain supaya bercakap menggunakan akal bukan ikut sedap mulut saja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan