SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 16 Mac 2013

FAKTA!!! ALLAH SENTIASA MELINDUNGI MEREKA YANG BENAR!!!

FAKTA!!! ALLAH SENTIASA MELINDUNGI MEREKA YANG BENAR!!!




Itu satu hakikat yang memang tak dapat nak dinafikan. Kebesaran Allah S.W.T tidak dapat kita duga. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar.

Mungkin, kejadian ini ada kaitan dengan sumpah yang pernah dibuat oleh Datuk Seri Najib yang mengakui bahawa beliau tidak kenal lansung dengan Altantuya.

Mungkin juga, ini khfarah Allah. Siapa yang tahu? Bukan hak kita untuk menentukannya. Wallahualam. Hanya Allah jua yang mengetahui mengenainya.

Tapi sekarang, timbul pulak persoalan. Adakah puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan turut mendesak supaya Kerajaan jalankan Inkues bagi menyiasat punca kematian Si Bala ni? Adakah nasib dia akan jadi sama dengan TBH? Tepuk dada, tanya sendiri!!!

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan telah mendedahkan kononnya "perkara sebenar" berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada Februari lalu di Chinese Assembly Hall's. Walau bagaimanapun, pendedahan itu hanyalah cerita mulut tanpa disetakan sebarang bukti yang boleh menyakinkan kita semua.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan kematian PI Bala apabila dihubungi oleh The Malaysian Insiderpada pukul 2.50 petang hari ini. “Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk. 

Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik. 

Kaitan Dengan Anwar Untuk Bayar PI Bala RM700,000 

Sungguhpun kematian PI Bala dikaitkan dengan masalah jantung tetapi terdapat suara-suara yang bertanya adakah mungkin kematian ini ada kaitan dengan wang RM700,000 yang dijanjikan oleh Anwar kepada PI Bala yang telah ditipu oleh peguam yang bertanggungjawab menyalurkan wang pemberian Anwar kepada PI Bala. 

Beberapa hari lalu, blog Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan bagaimana PI Bala telah ditipu oleh Anwar yang menjanjikan untuk membayar RM700,000 kepada beliau atas Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Perkara ini diceritakan oleh peniaga karpet Deepak Jaikishnan dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pada Julai 2008, Raja Petra menyatakan PI Bala telah diperkenalkan kepada peguam R Sivarasa dan Americk Sidhu. Sivarasa kemudian telah mengaturkan pertemuan antara PI Bala dan Anwar bagi membincangkan berkenaan Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Pada pertemuan itu, Anwar telah berjanji untuk memberi RM700,000 kepada PI Bala jika beliau bersetuju membuat akuan sumpah. 

Anwar telah bersetuju agar pembayaran sebanyak RM700,000 itu dibayar melalui peguam dan bayaran dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama RM200,000 dibayar terus dan Peringkat kedua sebanyak RM500,000 dibayar selepas sidang akhbar. 

Pada 1 Julai 2008, PI Bala telah membuat Akuan Sumpah dan diikuti dengan sidang media pada 3 Julai 2008 yang diuruskan oleh Anwar dan peguam beliau di ibu pejabat PKR. 

Tetapi malangnya, selepas sidang media PI Bala hanya dibayar RM100,000 oleh peguam tersebut walaupun peguam itu telah menerima RM200,000 daripada Anwar. Peguam itu menyatakan Anwar mengarahkan agar baki bayaran dibuar selepas beberapa hari. Sebenarnya baki RM500,000 telah diambil oleh peguam tanpa pengetahuan PI Bala. 

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan