SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label JAWAPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAWAPAN. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mei 2014

INFO @ AKjr : ISU PANDA COMEL.. #PAKATAN #PEMBANGKANG MAIN POLITIK KURANG BIJAK.. INI ADA JAWAPANNYA!!



Ramai yang meroyan tak tentu hala pasal isu Panda.Kebanyakan dimainkan oleh PR, pada saya tidak objektif, lack of "headroom" (cakap bodoh,nanti marah).Panda adalah lambang persahabatan antara Malaysia dan China semperna meraikan 40 tahun hubungan diplomatik.Kalau kita lihat dalam sejarah dimana ufti dibayar dan seterusnya Puteri Hang Lipo di hantar ke Melaka yg menggerunkan musuh musuh Melaka dan juga merancakkan hubungan 2 hala.Kan bagus tu... 

Dalam konteks Dunia moden,kan bagus kalau Malaysia dan China sebuah kuasa perdagangan mengeratkan hubungan yang sedia ada.Satu aspek lagi,Pemberian Panda sudah dimulakan dari zaman Maharaja China lagi.Takkan lah kita nak cakap "Kaweh tek nok,aok nye Panda nie" bukan tu memberi impak yang lebih besar.

Its very easy to condemn itu tak betul ini tak betul : but for all of us let see this with an open perspective.A Few Points Below For Our Info. 

PLS DIGEST THEM FIRST BEFORE MAKING ANOTHER NEGATIVE COMMENTS COZ IT WILL LOOK SO NAIVE.... 


1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Dato' Seri Mustapa Mohamed,China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner)Malaysia,dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun,untuk selama lima tahun berturut-turut. 

2. Sekadar perbandingan,nilai dagangan Malaysia - Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun,walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun. 

3. Bagaimanapun,pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut,kata Mustapa lagi. 

4. Kata beliau lagi,terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini. 

5. Hujung Mei ini,genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia - China.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut. 

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara.Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik. 

7. "Pinjaman" panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin.Kalau nak diikutkan,buat apalah nak berikan hantaran.Dalam Islam,itu bukan wajib.Membazir saja berikan hantaran

8. Namun,adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga.Maka,itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia. 

9. Kita berharap agar "pelaburan" negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China - sama seperti "pelaburan" kita ke atas hantaran perkahwinan - selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun. 

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa! 

"Panda Diplomacy" bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun.Sehingga kini,China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia,termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.


DAH NAMPAK FAKTA ???


LEPAS NI TOLONG TUTUP ISU PANDA !!!


APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Ahad, 2 Jun 2013

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah



KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”

“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.


Beliau berkata, bertentangan dengan apa yang disebarkan di media sosial, larangan ke atas Nurul Izzah tidak bermotifkan politik.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang lain telah datang dan bergerak bebas di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya. Mereka menyebarkan resipi lama yang sama dengan pembohongan, penipuan dan fitnah untuk menipu rakyat. Kami tidak menghalang mereka," katanya.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka yang enggan menerima keputusan itu. Ia adalah kes tidak gentleman. Dia mahu menggusarkan orang ramai untuk perhimpunan di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hati," katanya.

Musa berkata, Sabah dan rakyatnya tidak memerlukan propaganda yang tidak berkesudahan oleh pembangkang bagi menghasut kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

"Cukup cukuplah. Kita perlu ke hadapan. Pembangkang telah berpolitik untuk 5 tahun yang lepas. Kita tak akan ke mana-mana dengan lebih banyak politiking dalam lima tahun akan datang.

"Ada tugas yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu berkembang dan kebajikan rakyat harus dijaga," katanya. -mStar


Psssttt AKJr : Jadi Puas hati ke dengan Jawapan tu wahai YB NURUL IZZAH?? Harap kamu paham la apa maksud tersurat dan tersirat dari KM Sabah tu.. CUKUP-CUKUP LA BERPOLITIKING NYE.. JGN SAMPAI RAKYAT MALAYSIA DH MULA BENCI PADA KAMU.. "CUKUP-CUKUP LA..!!"