[VIDEO] DEMONSTRASI Bantahan Di Hadapan Pejabat PKR Ipoh
Lagi kecaman dan bantahan dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR, Tian Chua kerana kenyataan biadapnya yang menganggap insiden pencerobohan pengganas di Lahat Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Kali ini seramai 200 aktivis muda Perak yang diketuai Muhd Adib Khairulnaim Dato’ Ahmad berkumpul di depan pejabat PKR Perak di Medan Istana, Ipoh petang semalam menzahirkan bantahan keras mereka terhadap Ahli Parlimen Batu itu.
Sambil memegang poster yang tertulis antaranya Tian Chua Pengkhianat Negara dan Tian Chua Biadap mereka membakar gambar-gambar Tian Chua dan sebuah patung menyerupai Tian Chua dikhalayak ramai.
Mereka meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Tian Chua untuk memberi pengajaran kepada yang lain.
"Kami menyeru Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein supaya mengambil tindakan yang cepat dan tegas terhadap Tian Chua ini.
"Jangan ada lagi yang menyambung lagi mempermain-mainkan lagi maruah bangsa kita, Negara kita, perwira kita. Ini adalah Negara kita, kita perlu bersatu itu yang utama,’’ kata Muhd Adib.
VIDEO DEMONSTRASI MENENTANG TIAN CHUA DIBAWAH....
Sebelum ini banyak bantahan dan laporan polis telah dibuat oleh badan bukan kerajaan di
negeri Perak yang setakat ini difahamkan hampir 150 laporan polis telah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan