SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label ZAHIDHAMIDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAHIDHAMIDI. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2013

EKSKLUSIF Mesti Baca!! DiMalaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis?? Cc: @PDRMsia @Zahid_Hamidi @LatheefaKoya

EKSKLUSIF Mesti Baca!! DiMalaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis?? Cc: @PDRMsia @Zahid_Hamidi @LatheefaKoya



Satu Malaysia kecoh apabila penjenayah yang disyaki membunuh tiba-tiba mati dalam lokap. Kononnya seluruh Malaysia simpati kepada penjenayah kes bunuh yang mati dan ada pula menyatakan satu kerugian yang amat sangat apabila seorang penjenayah ini mati.

Malah lebih malang lagi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail turut sibuk mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) menubuhkan pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatannya berhubung kes tersebut dan menyerahkan hasil siasatan kepada jabatannya.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah dalam sehari dua ini...

Dhamendran yang berusia 31 telah meninggal dunia pada 21 Mei lalu dalam selnya semasa dalam jagaan polis di Lokap Cawangan D9 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur).

Mendiang diberkas pada 11 Mei 2013 kerana terlibat dalam kes cubaan membunuh yang melibatkan senjata api dan telah ditahan di bawah perintah reman dari 12 Mei 2013 sehingga tarikh kematiannya.

Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei 2013, punca kematian didapati sebagai “diffused soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma”.

Tetapi samada sedar atau tidak kita tentang kematian seorang pegawai polis yang bernama V Divendran yang berumur 25 tahun masih muda lagi.

Dia adalah seorang Pegawai Polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh samseng seperti Dhamendran.

Ada Sesiapa yang membela Pegawai Polis ini?
Ada Pakatan Pembangkang ambil berat hal ini?
Ada Menteri ambil berat hal ini?
Ada Peguam Negara ambil berat hal ini?

Tetapi.. apabila penjenayah mati dalam lokap.."Semua orang kecoh satu Malaysia".

Kini di Malaysia yang paling mulia adalah penjenayah sebab itu penjenayah kini semakin ramai, semakin berani bertindak sesuka hati mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka suka.

Ahad, 19 Mei 2013

PANAS BERAPI!! Permulaan Yang Cukup Baik @Zahid_Hamidi ~ RAKYAT MALAYSIA SETUJU!!!


PANAS BERAPI!! Permulaan Yang Cukup Baik @Zahid_Hamidi  ~ RAKYAT MALAYSIA SETUJU!!!



Pertamanya AKJr tabik pada pihak berkuasa kerana cepat dan tegas bertindak.Rasanya ini adalah permulaan yang cukup baik bagi mengembalikan integriti pasukan keselamatan khususnya pihak Polis kerana selama ini di lihat agak lembut dengan tindakan biadap petualang-petualang negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang semalam.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang semalam.



Dalam masa yang sama sudah ada pemimpin dari pembangkang yang sudah pun menunjukkan reaksi resah dan mula menyerang Datuk Seri Zahid Hamidi selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri melalui laman twitter masing-masing.


"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.Surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.

Selain dari itu rakan-rakan hingusan Adam Adli juga turut berhimpun di hadapan balai polis Jinjang semalam sebagai tanda protes berhubung penangkapan beliau.Lihat gambar di bawah protes orang mati agaknya ??



Dilokasi Jinjang Kepong. Soldadu solidarity bebaskan Adam Adli


Turut disokong oleh Pemimpin syiah Malaysia, Syabas!!!!Hahaha...







Tak berapa kerat yang ada pun cuma puak-puak yang mengaku cerdik tapi hampeh bangang tahap vavi.Sebahagian besar tu belajar pun belum habis , ramai yang tanya Sy kenapa puak-puak ni buat juga benda macam ni ? Jawabnya mudah , ada 2 perkara .. Pertamanya inilah masanya nak cari publisiti sikit dan keduanya masyuk beb inilah masanya.

Dalam beberapa kerat yang ada tu dah ada pihak yang dah mai pelepas seguni dua biasalah bro kan nak kena beli lilin !!

Apa pun mungkin ada pihak-pihak tertentu yang masih bersimpati dengan budak penaga mental tu sebab polis dah tangkap dia.Oklah Sy tak nak cakap banyak sangat tapi kalau dah sampai ke tahap kurang ajar dan langsung tidak menghormati undang-undang rasanya bukan setakat tangkap lagi elok kalau lucutkan saja kerakyatan budak bangsat ni !!

Akhir kalam Sy nak nyatakan di sini rakyat setuju dengan tindakan polis menangkap budak bangsat ni sebab dah terlalu banyak kerosakan yang dibawa oleh beliau dan macai-macai Pakatan Haprak.


Psssstttt... AKJr: KAMI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG PENUH TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH YB DATO SERI ZAHID HAMIDI DEMI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA..

Sabtu, 18 Mei 2013

PANAS TERIK!! @ZAHID_HAMIDI AKAN MENGAMOK TAK LAMA LAGI!!! KOME TUNGGU LA..!!

PANAS TERIK!! @ZAHID_HAMIDI AKAN MENGAMOK TAK LAMA LAGI!!! KOME TUNGGU LA..!!


Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.