SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label TEGAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEGAS. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj

PANAS TERIK!! PEMUDA UMNO MALAYSIA DESAK TINDAKAN TEGAS PASANGAN PERSENDA ISLAM @Khairykj



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa agar tindakan tegas dan cepat diambil terhadap pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pasangan itu jelas telah mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam tidak kira kenyataan itu dibuat atas apa sebab sekali pun.

"Kali ini jelas ada nama, ada gambar dan malah mereka sendiri telah mengaku dan hari ini mereka telah pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk beri keterangan tanpa menafikan mereka buat perkara tersebut.

"Saya harap supaya ada tindakan yang cepat kali ini. Saya tak faham kalau kes yang jelas, terang dan nyata macam ini pun kita tak boleh ambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita pada satu sidang media, di sini, Isnin.

Jelasnya, kerajaan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia telah mempunyai peruntukan undang-undang mengenai perkara ini yang membenarkan tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menghina pihak lain.

"Kes ini amat jelas sekali, kalau kita tanya 10 orang umat Islam di Malaysia sama ada mereka rasa terhina atau marah, saya rasa 10 daripada 10 akan setuju.

"Sekarang tinggal lagi kita mahu lihat tindakan diambil, ini bukan hanya masa ambil keterangan," katanya.

Khairy berkata, tindakan terhadap pasangan itu juga harus diambil walaupun beliau difahamkan pasangan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Katanya, ia perlu kerana negara mempunyai undang-undang selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Dalam perkara tertentu, walaupun dia minta maaf kita perlu juga ambil tindakan.

"Kalau tidak, kita boleh cakap apa-apa yang mengguris hati orang ramai, selepas minta maaf kita kira perkara itu selesai.

"Saya rasa tak boleh, kes ini sangat serius dan perbuatan ini cukup menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak menunjukkan reaksi melampau terhadap perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya supaya tidak mengguris sensitiviti mana-mana agama.

Katanya, tindakan yang sama perlu dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk orang Islam yang menghina agama lain.

"Kita tak mahu orang kata kita memilih dalam membuat tindakan," tegasnya.



Pada Khamis, pasangan ini memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Sumber

Ahad, 19 Mei 2013

PANAS TERIK!! KETEGASAN @MukhrizMahathir DIPUJI..

PANAS TERIK!! KETEGASAN @MukhrizMahathir DIPUJI..



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. 

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya. 

Psssttt... AKJr : TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH MB KEDAH INI PERLU DICONTOHI OLEH PEMIMPIN NEGERI LAIN.. BERTINDAK LAH SEBELUM TERLEWAT!!!