SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAS. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mac 2014

WAJIB BACA!!! 5 Sebab Mengapa MAS Dan Kerajaan Malaysia "LAMBAT" Beri Maklumat #MH370 #PRAY4MH370




Berikutan kes kehilangan kapal terbang MH370 telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan maklumat terkini terhadap tragedi tersebut. Dalam kekalutan itu terdapat segelintir yang menuding jari keatas kelembapan MAS dan kerajaan dalam memberikan maklumat berkaitan kehilangan Misteri Pesawat MH370 itu. Apakah ianya hilang terhempas, hilang disebabkan kejadian misteri ataupun ia telah di rampas oleh pihak pengganas? Pastinya ada sebab kenapa mereka tidak sesewenang mengeluarkan kenyataan sebegitu.


Inilah antara sebab kenapa MAS dan Kerajaan lambat mengeluarkan kenyataan berkaitan kehilangan Pesawat MH370:

Dari hasil perkongsian Nor Azizuddin Abdul Manan dari pada UUM Sintok untuk memberikan sedikit pendapat peribadi beliau berhubung isu ini memandangkan beliau gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.


1) Penumpang Pelbagai Negara.

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.


2) Hubungan Diplomatik

MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.


3) Misi Melibatkan 5 negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.


4) Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.


5) MAS tetap dihatiku

Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.



 Sumber

Ahad, 9 Mac 2014

PANAS TERIK!! #MH370 : SEMUA PIHAK HARUS BERSABAR DAN BERTENANG.. #PRAY4MH370



Setakat ini, kapal terbang MH370 belum lagi dapat dikesan, tetapi di laman media sosial dah macam-macam cerita yang tersebar. Macam-macam teori luarbiasa yang keluar. Tidak kurang juga macam-macam spekulasi liar yang tersebar.

Memang sebagai rakyat Malaysia yang marhaen ni aku rasa pelik, dizaman yang serba canggih ni pun pesawat boleh hilang dan tak boleh dikesan. Aku nak share dengan korang satu komen di FB yang menceritakan tentang kecanggihan pesawat Boeing :

"Sebenarnya tiada bukti kukuh pesawat terhempas lagik.... Tiada kesan minyak atau serpihan ditemui....Malahan ELT dan blackbox pun tak der signal.... Tower Hong Kong sahkan ada contact jam 1.20 pagi dalam kawasan pengawasan Hong Kong... 
Kapal terbang ni ada 8 unit ELT atau Emergency Locator Transmitter.... ada dua jenis iaitu Manual dan Automatic... Automatic lak ada beberapa jenis antaranya G-Force ELT dan Automatic Hydrostatic Release Unit atau HRU... Apabila terhempas kat darat... G-Force automatic released dan hantar signal emergency.... HRU lak berfungsi automatik apabila kena air pada kedalaman tertentu... direleasekan dan terapung.... ada gak yg Marine Unit yang boleh berfungsi sehingga kedalaman beberapa km.... 
Selagi tiada bukti sah yang menyatakan Kapal Terbang ni terhempas.... Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang pengesahan dan kenyataan....."

So Rakyat Malaysia sekalian, hentikan segala spekulasi liar dan marilah kita mendoakan agar kesemua penumpang MH370 itu selamat. Jangan la kita nak tuduh orang itu tak betul, orang ini tak betul. Biarlah pihak berkuasa membuat tugas mereka untuk mencari pesawat tersebut.

PM pun dah hantar banyak kapal kapal untuk kerja-kerja mencari. Begitu juga dengan negara Singapura, Vietnam, China dan terbaru USA menghantar bantuan untuk misi mencari dan menyelamat. Setakat ini tiada apa-apa lagi.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat, aku harap korang banyakkan bersabar dan berdoa agar mereka semuanya selamat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bersabar semua.

Psssttt AKjr: BOEING MH370: BERTENANG RAKYAT MALAYSIA SEMUA! BIARLAH PIHAK BERKUASA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA!

Selasa, 21 Mei 2013

INFO @ AKJr : @MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan.. Tahniah!!

INFO @ AKJr : @MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan.. Tahniah!!


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.

"Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh pada Ahad agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih," katanya.

Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.

"Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya," katanya.

Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.

Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.

Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.

"Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini," katanya.

Penerbangan MAS berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh tiga kali sehari. - BERNAMA

Psssttt... AKJr Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada pihak Penerbangan Malaysia (MAS) terutama kpd kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan insiden Ibu dan Anak tempoh hari.. Diatas perkhidmatan sosial mereka yang cukup baik sememangnya mereka layak mendapat pujian..