SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label GANTUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GANTUNG. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2013

PANAS TERIK!! SULTAN SULU, JAMALUL KIRAM III AKAN DIHUKUM GANTUNG DI MALAYSIA?? #LahadDatu

PANAS TERIK!! SULTAN SULU, JAMALUL KIRAM III AKAN DIHUKUM GANTUNG DI MALAYSIA?? #LahadDatu



Kesultanan Sulu semalam mendedahkan rancangan Istana Malacanang agar Jamalul Kiram III, keluarganya di bandar raya Taguig dan penyokong diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia. 

Mereka juga bakal berdepan pertuduhan cuba menawan Lahad Datu di Sabah oleh kira-kira 200 anggota Pasukan Keselamatan Diraja kesultanan itu (RSF) Mac lalu. 

Bercakap kepada wartawan di kediaman Jamalul Kiram III, jurucakap kesultanan itu, Abraham Idjirani berkata, dia menerima maklumat daripada sumber "yang boleh dipercayai" dalam Malacanang bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino berhasrat untuk menyerahkan Jamalul, keluarga dan penyokongnya kepada Malaysia walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu. 

"Kami mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Malacanang mahu menyerahkan Kiram dan penyokongnya di Taguig kepada Malaysia," katanya. 

Sementara itu, anak perempuan Jamalul, Jacel menambah bahawa tindakan Malacanang itu dibuat ekoran penemuan mengejutkan daripada siasatan dilakukan Biro Penyiasatan Nasional (NBI) mengenai pendaratan RSF di Sabah.

"NBI pada mulanya berkata, mereka ke Sabah atas inisiatif sendiri. Kemudian NBI menyarankan agar dakwaan difailkan terhadap Jamalul kerana berkonspirasi agar penyokongnya ke Malaysia," katanya. 

Jacel turut menyuarakan kemusykilan bagaimana dia, bapanya, saudara-mara, dan penyokong mereka hendak diekstradisi ke Malaysia berdasarkan penemuan NBI yang menyatakan keluarga dan penyokongnya berkonspirasi mencetuskan peperangan dengan Malaysia. 

"Jika kamu mahu diekstradisi ke Malaysia kamu perlu melakukan jenayah di negara itu. Tetapi kami membuat tuntutan secara sah dari segi sejarah," katanya.

Jumaat, 7 Jun 2013

PANAS TERIK!! GEMPAR.. BLOGGER PAPA GOMO GANTUNG LAPTOP??

PANAS TERIK!! GEMPAR.. BLOGGER PAPA GOMO GANTUNG LAPTOP??



Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. 

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. 

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. 

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. 

Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. 

Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. 

Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. 

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. 

Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. 

Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. 

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. 

"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. 

"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.

Khamis, 23 Mei 2013

PANAS TERKINI!! GANTUNG SAMPAI MATI!! Pathmanabhan, 3 Pekerja Bersalah Bunuh Sosilawati Dan 3 Yang Lain!!

PANAS TERKINI!! GANTUNG SAMPAI MATI!! Pathmanabhan, 3 Pekerja Bersalah Bunuh Sosilawati Dan 3 Yang Lain!!



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tiga tahun lepas.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32.

Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. - KOSMO!