SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BODOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BODOH. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2013

PANAS DAN TERKINI !!! Air ASIA diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!

PANAS TERKINI !!! @AirAsia diboikot kerana KEBODOHAN DAN KEBIADAPAN @azranosmanrani hina bangsa sendiri !!


- Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.

Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.

Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini. 

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya.

Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.

Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Rabu, 13 Mac 2013

Isu #LahadDatu: Jeneral PKR pertikai kemampuan ATM, anggap pemimpin ATM bodoh.

Isu #LahadDatu: Jeneral PKR pertikai kemampuan ATM, anggap pemimpin ATM bodoh.



Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku. "Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi. Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini. Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu. "Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya. Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh. "Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut. "Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.

Baca Selanjutnya DISINI

Psssttt... AKjr: Apa punya Jeneral la ini orang??? Memperlekehkan Usaha2 yang dilakukan oleh ATM dan PDRM adalah satu sikap yang biadap dan amat mendukacitakan.. Seorang Jeneral yang pernah berkhidmat untuk Negara sepatutnya dia memberi sokongan, galakan, dan idea dengan mengikut tatacara dan saluran yang betul... BUKAN CARA MCM INI!! MANA HILANGNYA PROFESIONALISME ANDA TUAN JENERAL??? Apabila dia menyertai PKR, semua SALAH, TAK BETUL.. usaha2 yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa yang selama ini telah menjaga keamanan Negara kita.. SUNGGUH MALANG JENERAL INI!!