SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BESAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BESAR. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Julai 2013

PANAS TERIK!! FAKTA.. BN BOLEH MENANG BESAR DI PRK KUALA BESUT DENGAN SYARAT JANGAN ADA YANG SABOTAJ!!

PANAS TERIK!! FAKTA.. BN BOLEH MENANG BESAR DI PRK KUALA BESUT DENGAN SYARAT JANGAN ADA YANG SABOTAJ!!



Rata-rata kita melihat kekalahan yang tidak di duga sering berlaku dalam PRU13 yang lalu. Dan menurut statistik jika Ketua Bahagian bermasalah maka peratus sabotaj semakin tinggi akan berlaku.

Ramai diantara ketua-ketua bahagian yang berada begitu lama di kerusi ketua bahagian memungkinkan mereka mahu hanya pendapat mereka sahaja yang benar kerana kononnya lebih berpengalaman.

Jika pendapat mereka tidak digunapakai maka berbagai perangai akan dilakukan. Jiwa untuk menjaga kepentingan parti juga suga sudah semakin lupus yang ada hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan kuncu-kuncu mereka.

Kita berharap janganlah ada yang terjadi di Dun Kuala Besut yang memerlukan Umno perlu menang agar pemerintahan egeri Terengganu dapat diteruskan.

Beberapa nama disebut-sebut mungkin dalam senarai calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, antaranya Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zulhaiza Ismail.

Beliau mungkin calon sesuai berdasarkan beberapa kriteria seperti latar belakang agama yang dimiliki dan merupakan anak tempatan.

Nik Zulhaiza sebagai kakitangan awam berkhidmat dengan kerajaan, beliau akur apa sahaja keputusan dibuat pucuk pimpinan.Nik Zulhaiza sebagai kakitangan awam dan pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Syariah Setiu, Besut dan Kuala Terengganu.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Besut sebelum bertukar ke Dungun.Calon lain yang diramal jadi pilihan ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf dari Kampung Pangkalan Sentul, Mukim Bukit Puteri, Kuala Besut.

Beliau yang kini Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun dikatakan antara calon yang turut disebut-sebut pada PRU13 lalu.

Seorang lagi muka baru yang disebut-sebut ialah anak veteran Umno Kuala Besut iaitu bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, USM dikatakan antara nama yang disenarai pendek dan dihantar untuk pemilihan pucuk pimpinan parti.

Tengku Zaihan adalah anak jati Kampung Seri Seratus, Mukim Kuala Besut sebelum ini dikatakan mesra Umno dan mempunyai ciri menjadi pemimpin.

Tidak terkecuali, pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Mohamad Mat Kadir dari Kampung Alor Peroi, Mukim Kuala Besut.

Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi golongan veteran menyukainya.

Oleh itu perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah masih adakah duri dalam daging yang berlagak kononnya beliaulah mempertahankan parti lebih daripada kepentingan peribadi.

Sabtu, 22 Jun 2013

PANAS TERIK!! RUGI BESAR KALAU RAKYAT TAK SERTAI #BLACK505 !!!

PANAS TERIK!! RUGI BESAR KALAU  RAKYAT TAK SERTAI  #BLACK505 !!!



Ayuh!! Tunggu apa lagi? Seruan sudah pun dibuat. Mereka dah janji nak kumpulkan seramai SEJUTA rakyat Malaysia dalam Himpunan hari ini.

Kenapa masih ada yang tak start enjin pagi - pagi ni dan bergerak ke Kuala Lumpur? Lokasi nak berkumpul pun dah dimaklumkan dalam laman media.

Fatwa - fatwa dari mereka yang bijak pandai pun dah dimasukkan dalam ibadah umat Islam. Pun orang Islam masih malas nak bangun dari kerusi empuk masing - masing?

Hari ini adalah harinya untuk dibuktikan Kebenaran. Pintu Syahid sudah pun dibuka oleh Husam kepada seluruh kepimpinan PAS serta penyokong - penyokong parti.

Sesiapa yang engkar akan dianggap sebagai satu dosa besar kepada pejuangan yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu. Jadi, tak de alasan dah nak dikemukakan.

Kenapa masih ada pemimpin PAS yang tolak untuk berhimpun? Dimana Harun Taib? Di mana Tuan Ibharim? Di mana Haron Din? Kenapa diorang enggan terima seruan?

Adalah satu kerugian bagi mana - mana pihak yang tak turut serta hari ini sebab mereka menolak pintu Syahid yang dibuka oleh Husam.

Selama hari ini, rakyat tuntut Kebenaran. Kenapa ianya masih lagi dinafikan? Kenapa masih lagi ada pihak yang berdiam diri bila isu - isu penyelewengan PRU dibangkitkan?

Di mana bukti berlakunya 'Blackout'? Ke mana hilangnya pengundi Hantu seramai 40ribu orang yang didakwa sebelum ini? Di mana penyelewengan dakwat kekal?

Berapa ramai pengundi yang kantoi mengundi dua kali untuk memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional? Semua persoalan ini masih belum berjawab.

Jadi, memang satu kerugian besar bagi mana - mana pihak yang tak turut serta dalam Himpunan hari ni. Bila lagi nak merasa air kencing pemimpin Pakatan!!!

Maka, seruan untuk menegakkan Kebenaran sudah pun dipalu. Tinggal lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu saja yang tak nak mengaku. Diorang lebih rela buat huru hara. Tapi nak jawab persoalan rakyat, jangan harap la!!!

Rabu, 22 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 YANG MEMBUATKAN MACAI PAKATAN MALU BESAR..

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 YANG MEMBUATKAN MACAI PAKATAN MALU BESAR..


BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.
Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

Berdasarkan analisis keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.

Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.

Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.

Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.

Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.

Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5 peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di Pahang.

Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7 peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).

DAP di Pahang tidak mendapat sambutan, di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.

Di Selangor, PKR mendominasi kerusi Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah 550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).

Di Wilayah Persekutuan, DAP memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno (127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di setiap negeri.

Sabah terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis mendapati parti itu mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.

Umno tidak ada di Sarawak tetapi neheri itu kekal sebagai kubu kuat BN.

Analisis juga mendapati jumlah undian rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah 139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu kerusi.

Secara keseluruhan, Umno dan BN masih lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR kekal di Selangor.

Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.

Manakala DAP pula mendapat 1,386,404 dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar.

Ahad, 19 Mei 2013

GEMPAR TERKINI!! TUN M GELAK BESAR PENGKHIANAT NEGARA DITANGKAP.. LEPAS NI ANWAR LA PULAK!! #INIKALILAH

GEMPAR TERKINI!! TUN M GELAK BESAR PENGKHIANAT NEGARA DITANGKAP.. LEPAS NI ANWAR LA PULAK!! #INIKALILAH




INI KALI LAH nak hapuskan semua pengkhianat bangsa, perosak negara.



Ini kali lah Anwar tak boleh nak angkat muka kita sumbat dia dalam penjara


Ini kali lah jangan main-main dengan polis kita


Ini kali lah kalau buat hal, kena tindakan serta merta


Ini kali lah Malaysia semakin aman dan terus maju jaya



Psssttt... AKJr : Kredit kepada Menteri Dalam Negeri Yang Baru.. Dato Seri Zahid Hamidi..